0
A+ A-
Biarpun hebat dikecam dan dikutuk di laman sosial, tudung berzip ‘menutup aib’ keluaran Nora Danish bagaimanapun menerima permintaan dan tawaran tinggi. Malah, ada juga pihak meminta untuk menjadi ejen walaupun koleksi itu masih belum dilancarkan.

Menurut selebriti Nora Danish Hanif, 34, koleksi tudung berjenama Owl Princess Jasmine Ezip Instant Shawl itu akan menerjah pasaran dalam masa terdekat dengan harga RM 69. Fuh, berbelit lidah mahu menyebut jenama tudung itu!

Permintaan Luar Biasa Tudung Tutup Aib Selepas Viral Di Sosial Media
Antara gambar yang viral di media sosial.

“Alhamdulillah, Nora baru sahaja selesai sesi fotografi untuk tudung ini dan sejak viral beberapa hari lalu, memang ramai yang sudah bertanya dan berminat untuk jadi ejen dan stokis OwlbyND.

“Insya-Allah koleksi unik ini akan dikeluarkan paling awal ialah pada penghujung bulan ini,” ujarnya kepada mStar Online.

Viral Di Sosial Media, Tudung Tutup Aib Dapat Permintaan Tinggi

Mengulas mengenai isu koleksi tudung terbaharunya yang menjadi viral di laman sosial, dia berkata tudung itu dihasilkan untuk pengguna yang mahukan kelainan.

“Idea tudung ini timbul bagi menggantikan zip dengan jahitan tepi bagi mendapatkan kesan alunan atau berombak apabila digayakan.

“Ia boleh digunakan dengan dua cara, cuma cara kedua yang menjadi viral kerana saya berseloroh dengan mengzipkan muka secara penuh. Bagaimanapun, seperti shawl lain ia bergantung kepada kreativiti pengguna,” jelasnya.

Viral Di Sosial Media, Tudung Tutup Aib Dapat Permintaan Tinggi
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top