Header Ads

Budak 3 Tahun Ini Dipenjara Seumur Hidup Atas Kesalahan Yang Tidak Dilakukannya

Budak 3 Tahun Ini Dipenjara Seumur Hidup Atas Kesalahan Yang Tidak Dilakukannya

Kaherah: Seorang budak lelaki berusia tiga tahun dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup oleh Mahkamah Tentera Mesir minggu lalu, bagi tuduhan membunuh empat orang dan hampir membunuh lapan lagi serta merosakkan harta kerajaan ketika rusuhan pada 2014.

Mengejutkan! Namun, ia sebenarnya adalah kesilapan pendakwaraya.

Menurut peguam budak itu, nama kanak-kanak berkenaan, Ahmed Mansour Qurani Ali dimasukkan dalam senarai 115 perusuh oleh penyokong Persaudaraan Islam akibat kesilapan pihak pendakwa yang menyertakan sijil kelahirannya kepada hakim.

Kesilapan itu disahkan tentera dan tuduhan berkenaan sebenarnya untuk seseorang namanya hampir sama dengan Ali iaitu Ahmed Mansour Qurani Sharara. 

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.