Header Ads

Luahan Sayu Gadis Viral Kenyit Mata Di Berita TV3

"JURUGAMBAR suruh saya buat muka 'cute', senyum dan pandang pada kamera. Saya buat, tetapi tak tahu untuk siaran televisyen."

Demikian kata Norsuziyana Natasya Mohd Hasim, yang video berdurasi lapan saat memaparkan wajahnya tersenyum, mengenyit mata dan melambai ke arah kamera tular di media sosial.

Aksi comel Norsuziyana, anak bongsu daripada enam beradik menerima pelbagai reaksi dan 'mencairkan' hati netizen termasuk ada yang memuji raut wajahnya yang cantik.

Namun, dia yang dihubungi hari ini mengakui turut menerima komen kecaman sehingga terpaksa menyahaktifkan akaun Facebook, Twitter dan Instagramnya lapor Harian Metro.

Luahan Sayu Gadis Viral Kenyit Mata Di Berita TV3

"Ada yang mengecam hanya disebabkan kehadiran saya pada majlis itu dan dikaitkan dengan isu politik.

"Saya cuma menjalankan tanggungjawab saya sebagai anak menemani ibu, Roslina Karim, 57, yang mahu ke sana. Ayah saya dah lama meninggal dunia," katanya yang mempunyai darah campuran Cina sebelah bapa.

Dia yang enggan mendedahkan usianya ketika itu bersama ibunya menghadiri Hari Peneroka Felda 2017 dua hari lalu di Putrajaya untuk menerima insentif peneroka yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Popular Akibat Kenyit Mata Di Berita TV3, Ini Luahan Sayu Gadis Itu.
Norsuziyana Natasya bersama ibu, Roslina Karim, dan kakak Norita Hasim.

"Terus terang saya katakan, saya menangis membaca komen yang negatif itu. Saya mengadu kepada ibu dan memeluknya sambil bertanya, adakah saya sudah memalukannya?

"Ibu jawab, 'tidak, mak bangga ada anak macam kamu. Anak yang kuat di luar dan tersenyum, tetapi di dalam, air mata yang keluar'," katanya yang berasal dari Felda Jengka 21, Pahang.

Norsuziyana bagaimanapun menerima segala kecaman yang di terima kerana tahu keluarganya sentiasa memberi sokongan dan semangat tidak berbelah bahagi.


"Mulut orang saya tak boleh tutup. Saya reda dengan semua ini dan kakak beritahu, saya kena terima kerana ini semua dugaan.

"Sejujurnya saya tak pernah alami situasi macam ini. Orang di luar tak kenal saya, tapi ibu, adik beradik dan kawan-kawan saya kenal saya macam mana," katanya.

Katanya, dia terbuka sekiranya mendapat peluang lain selepas ini seperti peragaan dan bidang seni kerana memang berminat dan sudah menerima 'lampu hijau' daripada keluarganya.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.