Header Ads

Pasangan Suami Isteri Bunuh Diri Tinggalkan Nota Menakutkan

Pasangan Suami Isteri Bunuh Diri Tinggalkan Nota Menakutkan


“Siapa yang memisahkan mayat kami berdua, akan kami hantui” itulah sebahagian isi nota yang ditemukan berhampiran mayat tergantung seorang lelaki yang dikenali sebagai Daniel Priyana 47.

Tidak jauh dari situ, ditemukan pula mayat seorang wanita Dwi Septi Respati 44 (isteri) berada dalam kereta depan rumah mereka dengan mulut berbuih.

Nota berkenan ditemukan ketika pihak polis Gemping Jogyakarta memindahkan mayat lelaki ke dalam van jenazah.

Di lokasi kejadian jelas terpaut di wajah waris mangsa yang seolah-olah mencari jawapan dari seribu soalan. Namun pihak polis masih lagi menjalankan siasat dengan tertutup ketika itu.

Penduduk Seram Baca Nota Ditinggalkan Pasangan Suami Isteri Sebelum Bunuh Diri

Mayat pada mulanya ditemukan oleh Risti Aisyah, gadis kecil itu mengatakan pada awalnya dia masuk ke dalam rumah hanya untuk mengambil barang mainan.

“Saya lewat di dapur, nampak orang tergantung dekat bilik mandi, saya takut kerana wajahnya dan matanya melirik saya, kemudian saya lari keluar memanggil nenek”. katanya pada pemberita Jumaat (28/7/2017).

Selepas kejadian itu rumah mangsa dikerumuni orang ramai, hingga kedatangan pihak polis dan menemukan nota berbunyi seperti di bawah:

Penduduk Seram Baca Nota Ditinggalkan Pasangan Suami Isteri Sebelum Bunuh Diri

“Barang siapa memisahkan jasad kami berdua akan Kami hantui selamanya sampai anak cucu kalian, kuburkan kami dalam satu liang lahad."

Buat newa

"Bapa menikah dengan ibumu kerena komitmen bahwa mat abeh anaknya mbak kenthus dan bapanya tidak mempersalahkan."

"Sekarang bapak sudah tidak kuat dengan hinaan, sikap ibumu sudah sangat keterlaluan, coba tanyakan pada rakannya, kalau kamu ingin tau yang sebenarnya."

Buat khael

"Semua harta yang bapa dan ibumu tinggakan buat biaya sekolah mikhael, rumah, harta, kereta."

Buat mbak xxx

"Tolong jaga anakku baik-baik ya mbak"

Bagaimanapun pihak polis Bayuraden, Gamping selepas membawa kedua mayat ke hospital untuk siasatan lebih lanjut, menyerahkan semula jenazah kepada ahli keluarga untuk dimakamkan.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.