Header Ads

Polis Ambil Keterangan 10 Pelajar Berhubung Kes Buli Video Viral 10 Jahanam

Polis Ambil Keterangan 10 Pelajar Berhubung Kes Buli Video Viral 10 Jahanam

Seramai 10 pelajar perempuan sebuah sekolah menengah kebangsaan (SMK) di Kunak, diambil keterangan hari ini, bagi membantu siasatan kes pukul seorang pelajar perempuan.

Ketua Polis Daerah Kunak Superintendan Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, pihaknya menerima laporan daripada ibu mangsa sehari selepas kejadian.

“Kita memanggil 10 pelajar serta ibu bapa dan guru sekolah berkenaan untuk diambil keterangan,” katanya yang dihubungi dari Kota Kinabalu, hari ini.

Menurutnya, siasatan mendapati kejadian dipercayai berlaku Sabtu lalu, di padang sebuah sekolah menengah di sini lapor Harian Metro.

Sementara itu, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kunak, Abu Samah A Bakar, berkata pihaknya memandang serius kejadian berkenaan dan sudah mengarahkan pegawainya membuat siasatan serta mengambil tindakan selanjutnya.

“Pihak polis juga sudah dimaklumkan dan siasatan masih dijalankan. Pihak Pejabat Pendidikan Daerah Kunak (PPD) tiada masalah untuk membantu (siasatan).

“Memandangkan kejadian berlaku di luar kawasan dan di luar waktu persekolahan, kami akan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) dan garis panduan sedia ada,” katanya ketika dihubungi.

Beliau juga meminta orang ramai tidak membuat spekulasi berhubung kejadian itu supaya tidak mengganggu siasatan.

Semalam, video satu minit 39 saat menunjukkan mangsa yang memakai tudung ditumbuk dan ditendang beberapa pelajar perempuan bertubi-tubi.

Kejadian dipercayai berlaku di kawasan padang sebuah sekolah di daerah ini membabitkan pelajar tingkatan tiga, namun motif dan punca belum dapat dipastikan. 

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.