Header Ads

Viral Mualaf Hidup Susah Ditinggal Suami, Mufti Perlis Pergi Jumpa Dan Dedah Kisah Sebenar

Viral Mualaf Hidup Susah Ditinggal Suami, Mufti Perlis Pergi Jumpa Dan Dedah Kisah Sebenar

Baru-baru ini viral satu kisah sedih seorang mualaf wanita yang dikatakan diceraikan suami dan tinggal sehelai sepinggan bersama seorang anak kecil. 

Bukan setakat itu sahaja,  dalam posting itu juga memberitahu bahawa mualaf ini berasal dari Sarawak.  Selain itu, mualaf ini juga dikatakan mahu memberikan anaknya kepada orang lain dan mahu kembali kepada agama asalnya(murtad). 

Berikut di bawah ini adalah posting yang viral sebelum ini. 

Mufti Perlis Temui Mualaf Viral Akibat Ditinggal Suami, Hidup Susah Dan Cerita Kisah Sebenar

Oleh kerana kisah ini berlaku di negeri Perlis, Mufti Perlis iaitu Prof.  Dato’ Dr. Mohd Asri Zainul Abidin tampil turun padang bertemu sendiri dengan mualaf yang kesnya viral itu.

BACA LANJUT PENJELASAN MUFTI PERLIS… 

Pagi-pagi hari ini saya menerima mesej dari seorang tokoh memberitahu bahawa telah viral ada muallaf di Perlis nak murtad sebab dalam kesusahan. Kononnya, sampai mahu serah anaknya kepada orang lain. 

Sebaik sahaja menerima mesej itu saya telah mohon pihak MAIPs siasat segera. 

Di sebelah pagi tadi saya ada urusan rasmi di Istana Arau. Semasa itu banyaklah mesej dari pelbagai pihak tentang hal itu. Hairan juga saya, bagaimana operasi MAIPs mencari asnaf yang begitu bersungguh-sungguh gagal mengesan kes ini.

Mufti Perlis Jumpa Hidup Susah Ditinggal Suami

Sebaik sahaja keluar dari Istana, saya terus pergi ke tempat berkenaan bersama CEO MAIPs al-fadhil Ustaz Mohd Nazim Mohd Nor. Maka di sini saya ingin jelaskan beberapa perkara;

-beliau baru pindah ke Perlis beberapa bulan sahaja. Bukan berasal dari Sarawak seperti yang diviralkan tetapi daripada Melaka.

-beliau diceraikan oleh suaminya dan terpaksa menanggung kehidupan bersama dua anaknya.

– MAIPs telah membantu beliau sejak beberapa bulan lagi. Sehingga kini sudah RM 2000 diberikan. Bantuan pihak MAIPs berterusan sehingga kini.

-Jabatan Kebajikan Masyarakat juga ada memberikan bantuan bulanan. Demikian PERKIM Perlis juga membantu.

-Imam Masjid kampung berkenaan telah memberi tumpang rumah kedai kepunyaannya secara percuma sejak beberapa bulan. Saya kagum dengan budi mulia imam berkenaan.

-beliau selalu hadir kelas agama PERKIM dan tidak pernah ingin murtad ataupun menyerahkan anak kepada pihak lain seperti yang diviralkan.

-anaknya yang pertama berusia 8 tahun bersekolah dengan baik.

-Pun begitu, pihak MAIPs merasakan beliau memerlukan rumah yang lebih selesa dan akan mengusahakan.

-Jika sesiapa ingin menghulurkan bantuan, beliau memang dalam kategori asnaf zakat. Silalah berbuat kebajikan.

Mufti Perlis Jumpa Hidup Susah Ditinggal Suami

Akhirnya, saya ingin menyebutkan, hari ini pelbagai organisasi di Perlis dan luar Perlis bertalu-talu ke rumah beliau untuk menghulurkan bantuan. Saya selaku Mufti Negeri dan mewakili MAIPs mengucapkan terima kasih yang amat. Ia merupakan lambang keprihatinan kita semua terhadap saudara muslim kita. Semoga Allah memberi rahmat atas semangat ukhuwwah kita yang ikhlas itu.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.