Header Ads

Dah Bertahun-Tahun Kahwin Tapi Masih Belum Dikurniakan Zuriat? Anda Akan Dapat Kekuatan Selepas Membaca Luahan Wanita Ini

Dah Bertahun-Tahun Kahwin Tapi Masih Belum Dikurniakan Zuriat? Anda Akan Dapat Kekuatan Selepas Membaca Luahan Wanita Ini

Cahaya mata pelengkap rumah tangga. Tapi bila dah lama berumah tangga, rezeki mengandung tak juga lekat, bermacam emosi bermain dalam fikiran isteri mahupun suami. Semakin lama, semakin orang akan bertanya yang kadangkala buatkan hati pasangan jadi terluka.

Pengasas produk penjagaan wanita, Puan Noor Shafarina Safiee antara wanita yang diberikan ujian belum dikurniakan kehadiran cahaya mata selepas 4 tahun mendirikan rumah tangga. Bermacam ujian dialami, namun itu tak mematahkan hatinya. Beliau yang membahasakan dirinya kak Moly berkongsi kekuatan untuk wanita-wanita di luar sana yang senasib dengannya.

Actually ramai yang tak tahu kak Moly ni dah kahwin, nak masuk tahun ke 4 dah pun. Sebab kak Moly jarang kongsi gambar dengan suami (dia tak nak expose) kak Moly selalu share bab bisnes dan minat je. Yelah, nak share apa lagi kalau bukan minat macam gambar-gambar ni. Ni jela mampu kak Moly buat, sharing untuk inspirasi; share produk, share pasal kehidupan, share pasal makanan, paling best share kesukaanku PINK. Dekat wall sendiri tak salahkan, bergantung pada niat kita.

Dunia hari ni, orang yang tak suka pada kau akan cari point di mana kelemahan dan apa yang kau tak ada. Kak Moly tak ada “anak”. Tapi kak Moly bukan jenis yang sentap. Just nak share kat ampa lah kerenah sesetengah manusia ni.

Dah Lama Kahwin Masih Belum Dapat Anak, Wanita Ini Kongsi Kekuatan Untuk Wanita Senasib Dengannya

Bila orang nampak kita mewah selalunya akan keluar perkataan,

“Tengok tu, banyak duit. Kaya tapi tak ada anak.”

Bila kau salah sikit, orang akan cakap,

“Patut la tak ada anak..“

Bila kau hulurkan bantuan nak pegang anak orang waktu orang tengah makan, orang cakap,

“Beranak la sendiri. Sibuk nak pegang anak orang.”

Bila kau jumpa makcik bawang dia akan kata,

“Kesian suami kau, dah lama kahwin tak ada anak, nanti mesti dia cari lain.”

Dah Lama Kahwin Masih Belum Dapat Anak, Wanita Ini Kongsi Kekuatan Untuk Wanita Senasib Dengannya

Even jual produk dalaman pun macam satu kesalahan, macam kak Moly keluarkan miss V perfume, ada yang cakap, “Kenapa tak spray banyak-banyak bagi lekat zuriat.” Seolah-olah rezeki anak tu ada kat produk, sedangkan produk apa sekalipun hanya penyebab dan usaha, yang nak beri hanyalah Allah.

Paling dahsyat bila orang tak puas hati pada kau. Dia akan hantar mesej maki hamun pasal anak. Seolah-olah kau tak layak ada anak.

Kak Moly bukan jenis sentap, bagi kak Moly Allah dah atur semuanya, even kita nak suap nasi pun Allah dah atur. Kalau bukan rezeki, makanan yang nak suap tu akan jatuh ke lantai. Kak Moly syukur sebab ada suami yang tak pernah guris hati dengan soal anak, keluarga yang tak pernah perli-perli atau paksa buat itu ini. Kawan-kawan yang sentiasa bagi sokongan dan tak pernah perli atau sakitkan hati.

Dah Lama Kahwin Masih Belum Dapat Anak, Wanita Ini Kongsi Kekuatan Untuk Wanita Senasib Dengannya

Allah Tak Hukum; Tak Ada Anak Tak Layak Ke Syurga

Kak Moly ada bisnes, fokus dengan semua tu saja. Dapat bagi orang lain tambah income, dapat sara keluarga pun dah cukop buat diri rasa happy. Masa masih panjang, nenek umur 70 pun boleh beranak. Apatah lagi kita yang masih muda. Allah masih bagi masa, andai tak ada masa, kita tetap boleh masuk syurga walaupun tak ada anak. Allah tak ada hukum pun orang yang tak ada anak tak layak ke syurga.

Bagi anda yang senasib dengan kak Moly, jangan sentap. Letakkan diri kita sebagai hamba. Semua kat dunia, di langit dan di bumi adalah milik Allah. Kita tak perlu marah pin. Orang tanya kita senyum dan jawab belum ada rezeki. Apa yang kita usaha tak perlu ceritakan pada semua orang, kita jumpa doktor ke.. makan ubat ke.. itu ke ini ke tak payah bagitau.

Semua tu atas usaha kita, kalau Allah tak nak bagi tandanya belum rezeki. Kita jangan mengeluh nasib, sebab takdir kita kat dunia ni tak sama. Allah bagi kita rezeki dari macam bentuk, wang ringgit.. kesihatan, ketenangan.. tu pun dah cukup baik.

Ada orang yang lansung tak ada harta, tapi ada anak yang ramai. Itu rezeki. Ada orang yang ada harta dan ada anak. Itu rezeki dia juga. Ajar diri kita untuk bersyukur dengan apa yang Allah bagi. Orang sekeliling juga kena main peranan, jangan hina orang seperti kami. Allah bagi anda anak, anda patut bersyukur, anda patut mendoakan orang lain supaya di kurniakan rezeki anak juga. Moga kita sama-sama saling hormat menghormati. Jangan guris hati insan lain, sebab diri kita belum cukop sempurna dan memang tak akan sempurna.

Kak moly tulis bukan nak raih simpati sesiapa, hanya sekadar berkongsi.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.