Header Ads

Demi Selamatkan Al-Quran, Lelaki Melecur Separuh Badan

Demi Selamatkan Al-Quran, Lelaki Melecur Separuh Badan

Demi menyelamatkan sebuah beg yang berisi al-Quran miliknya, seorang lelaki yang mengalami masalah mental mengalami kecederaan teruk selepas separuh dari badannya melecur dalam kebakaran yang terjadi di rumahnya di Kampung Sungai Haji Muhammad, Selekoh, awal pagi semalam.

Kejadian tersebut berlaku sekitar jam tujuh pagi dan menyebabkan mangsa, Daud Ibrahim dikejarkan ke Klinik Kesihatan Selekoh setelah mengalami kecedaraan.

Jiran mangsa, Mohd Sharizal Samsudin, 38, berkata, ketika kejadian dia sedang bersiap untuk menghantar anak-anaknya ke sekolah sekitar jam 6.30 pagi sebelum menyedari api yang marak di bahagian dapur rumah mangsa lapor ahli group Ditanahku Terjadinya Bencana (#DTTB).

Lelaki Melecur Separuh Badan Demi Selamatkan Al-Quran Daripada Kebakaran

"Pada mulanya kami mencium bau asap tetapi tidak menyangka apa-apa kerana dia (mangsa) sering membakar bekas kulit telur untuk menghalau nyamuk.

"Namun lama-kelamaan bau asap semakin kuat dan apabila saya menjenguk keluar api sedang marak di bahagian dapur rumah," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di lokasi kejadian.

Menurut Mohd Sharizal, dia kemudiannya melihat mangsa meluru berlari keluar rumah, tetapi berlari semula masuk ke dalam rumah yang sedang terbakar.

"Saya terkejut melihat dia lari masuk semula dan ketika itu api sudah semakin kuat dan sampai bahagian hadapan rumah berkenaan.

"Tidak lama kemudian saya melihat dia terjun dari tingkap atas ke bawah dengan keadaan badanya separuh sudah terbakar dan kemudian terbaring di bawah rumah," katanya.

Mangsa kemudiannya bangun sendiri sambil membawa beg yang diselamatkannya sebelum duduk di tepi jalan sebelum di bantu oleh orang ramai.

"Melihat badannya yang melecur teruk seorang guru dari Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Haji Muhammad membawanya ke Klinik Kesihatan Selekoh.

"Dia (mangsa) memang ada masalah kesihatan iaitu gangguan mental dan rumah yang terbakar adalah rumah neneknya yang tidak berpenghuni," akhirnya.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.