Header Ads

Hafiz Hamidun Dan Joy Refva Berbaik, Dakwa Masalah Rumahtangga Angkara Orang Luar

Hafiz Hamidun Dan Joy Refva Berbaik, Dakwa Masalah Rumahtangga Angkara Orang Luar

Selepas satu demi satu kenyataan dikeluarkan melalui media sosial terhadap pasangan masing masing, Hafiz Hamidun dan Joy Refva hari ini mengambil langkah terbaik untuk mereka dengan berbaik demi masa depan rumah tangga.

Dalam kemaskini terbaru menerusi akaun Instagram masing masing, pasangan kontroversi ini nampaknya sudah mengambil keputusan untuk memaafkan kekhilafan pasangan masing masing dan melupakan apa yang sudah terjadi lapor ROTIKAYA.

Hafiz Hamidun Dan Joy Refva Berbaik, Dakwa Masalah Rumahtangga Angkara Orang Luar

Malah, Hafiz Hamidun dan Joy Refva masing masing meninggalkan reaksi positif terhadap status pasangan masing masing sebagai tanda mereka kini sudah berdamai. Semoga tiada lagi gaduh gaduh selepas ini, malu jadi buah mulut ramai.

Rumahtangga Bergolak Kerana 'Orang Luar', Hafiz Hamidun Akui Masih Banyak Hal Agama Perlu Dipelajari

Rumahtangga Bergolak Kerana Orang Luar, Hafiz Hamidun Dan Joy Refva Umum Berbaik

Menyedari pelbagai tomahan dan spekulasi mengenai kemelut rumah tangganya, Hafiz Hamidun akui kekusutan yang timbul adalah kerana campur tangan pihak luar didalam perkahwinanya. Malah Hafiz memberitahu beliau tidak menyindir sesiapa di laman sosial tetapi sebagai manusia biasa beliau tidak dapat lari dari perasaan marah.

“Saya belum membuat sebarang kenyataan rasmi berhubung isu ini, namun ia dimanipulasi oleh pihak tertentu sehingga menjadikan perkara ini semakin rumit. Saya sebenarnya tidak merancang untuk membuat sebarang sidang media sekiranya tidak perlu. Ini kerana kisah rumah tangga adalah hal peribadi dan tidak harus diceritakan”

“Mengulas mengenai hal agama, saya mengakui masih banyak yang perlu dipelajari. Namun, apabila didorong dengan hasad dengki, pelbagai perkara boleh berlaku,” jelasnya kepada Berita Harian Online berhubung dengan kontroversi rumah tangganya yang semakin tegang di media sosial.

Rumahtangga Bergolak Kerana Orang Luar, Hafiz Hamidun Dan Joy Refva Umum Berbaik

Sejak perbalahan mereka di Instagram baru-baru ini, ramai mula membuat teori tersendiri mengenai pergolakkan rumah tangga mereka. Pastinya soal batin menjadi bualan peminat mengenai punca segalanya. Tidak kurang juga yang menyelar sikap Hafiz yang ‘acah-acah’ ustaz memberi kata-kata motivasi tetapi rumah tangga sendiri tidak terurus.

Memang hebat orang kita kalau menjatuhkan hukum kepada seseorang. Apa yang pasti hanya Hafiz dan isteri sahaja yang lebih mengetahui apa sebenarnya yang terjadi diantara mereka. Kalau boleh adik beradik pasangan tidak perlulah menambahkan api yang sedang membara, biar sahaja mereka menyelesaikan rumah tangga sendiri.

(Kemaskini: Permohonan Batal Nikah Oleh Hafiz Hamidun Dan Joy Revfa)

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.