Header Ads

Isteri Dedah Kenapa Saleem Marah Sangat Dengan Anaknya, Syafiq Farhain

Isteri Saleem Dedah Kenapa Saleem Marah Sangat Dengan Anaknya, Syafiq Farhain

Hangat diperkatakan baru-baru ini mengenai seorang artis yang menganggap tindakan sebuah syarikat rakaman yang telah mengganggu periuk nasinya sebagai seorang penyanyi yang masih lagi aktif apabila pihak mereka dikatakan menggunakan nama penyanyi tersebut bagi mempromosikan lagu seorang penyanyi baharu yang berjudul Sayang Maafkan Aku.

Isteri Dedah Kenapa Saleem Marah Sangat Dengan Anaknya, Syafiq Farhain

Penyanyi Saleem mengatakan bahawa syarikat rakaman tersebut menggunakan nama dan lagunya untuk mengaut keuntungan tetapi tidak memberikan sebarang faedah kepada dirinya.

Bagaimanapun, kini pihak syarikat rakaman tersebut sudah pun bertemu dengan Saleem dan mereka bersetuju dengan beberapa syarat yang diletakkan oleh penyanyi berkenaan.

Penyanyi baharu, Syafiq Farhain yang juga merupakan anak kepada Saleem dilarang menyanyikan lagu bapanya dimana-mana acara dan juga mengaitkan namanya di sebarang temuramah.

“Syafiq Pernah Tuduh Saleem Macam-Macam Tak Baik Dan Malu Mengaku Bapa, Dia Harus Mohon Maaf Dulu,” – Isteri Saleem

Pengarah urusan syarikat berkenaan memberikan kenyataan, pihaknya dan Syafiq mengambil keputusan untuk bersetuju dengan semua syarat.

“Kami faham dengan apa yang dia mahu, memang benar ramai penganjur yang mahukan Syafiq menyanyikan lagu-lagu Saleem.

“Kami akan pastikan ia tidak akan berulang dan Syafiq akan menyanyikan lagu dia sendiri dan lagu-lagu penyanyi lain.

“Walaupun pada hakikatnya Saleem sebenarnya tiada hak kerana hak menyanyikan lagu itu terletak pada syarikat rakaman bukan penyanyi, namun kami hormat dan faham,” ujarnya.

Syafiq Farhain Pernah Tuduh Saleem Macam-Macam Tak Baik Dan Malu Mengaku Bapa, Dia Harus Mohon Maaf Dulu

Ketika diminta mengulas mengenai spekulasi yang berlaku, Julia Bachok iaitu isteri kepada Saleem menjelaskan bahawa terdapat salah faham diantara pelantun lagu Suci Dalam Debu itu dengan anaknya Syafiq Farhain sejak beberapa tahun lalu dan masih lagu belum di selesaikan dengan baik.

“Saya tidak kisah apa orang luar nak cakap kerana mereka tidak tahu apa yang berlaku. Syafiq kena ingat dia pernah menuduh bapanya dengan perkara-perkara yang tidak baik satu masa dahulu dan dia sendiri malu nak mengaku Saleem sebagai bapanya.

Syafiq Farhain Pernah Tuduh Saleem Macam-Macam Tak Baik Dan Malu Mengaku Bapa

Jelas Julia lagi, Syafiq atau nama sebenarnya Nursyafiq Farhain AM Salim, 23, seharusnya datang memohon maaf kepada bapanya di atas apa yang berlaku dulu sehingga melukakan hati Saleem.

“Perkara ini menyebabkan Saleem marah kepadanya. Bila sudah masuk dalam industri dia pula ambil kesempatan dan jalan singkat ini,” ujarnya.

Menurut Julia dia tidak mahu ada pihak lain yang mengambil jalan pintas dan mengaut keuntungan dengan cara yang mudah.

“Orang memanggil Syafiq untuk menyanyi seperti Saleem dengan bayaran yang murah,” ujarnya.

Kehadiran Syafiq yang juga merupakan seorang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat ini sedikit sebanyak menggugat pendapatan bapanya yang masih aktif kerana caranya yang meniru nyanyian Saleem.

(Baca: Isu Hina Dan Malu Mengaku Saleem Bapa, Ini Penjelasan Syafiq Farhain)

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.