Header Ads

Kalau Kawan Bisnes, Janganlah Minta Diskaun Yang Tak Masuk Akal

Kalau Kawan Bisnes, Janganlah Minta Diskaun Yang Tak Masuk Akal

Jangan lah awak tengok seseorang tu berniaga terus set dalam otak, haaa.. dia ni mesti banyak duit!! 

Tahu tak awak satu perkara? Berniaga bukan senang tau. Modal kena keluar dan tenaga pun kena kerah.

Lepas tu awak nak dapatkan keuntungan bukan sekelip mata macam gores dan menang ehhhh..

Awak cuma kira kesenangan dia tapi awak tak tahu kesusahan dia untuk dapatkan hasil. Penat tau.. 

Hari² kena promote, berbuih mulut bercakap, perah otak cari idea. Kalau online, sentiasa kena hadap phone, hadap laptop.

Janganlah Minta Diskaun Mengarut Sekiranya Member Anda Buat Bisnes

Dia kerja sendiri tak boleh sesuka hati nak cuti. Tak kerja takde la duit. Sakit² pun kena gagahkan juga buat kerja. Tapi kalau kerja makan gaji, dah tentu sah hujung bulan dapat duit walaupun ada MC.

Saat orang lain dah lena tido, dia masih lagi bersengkang mata mencari rezeki. Kadang² sale kencang kadang² sale krik krik. Nangis dalam hati, awak apa tau?

Jadi.. Kalau awak bukan seorang peniaga, fahami lah bahawa keuntungan seorang peniaga untuk mendapatkan hasil yang banyak bukan semudah yang awak sangka! Kalau tak cukup duit nak rolling.. haa.. tu kedai pajak atau Ar Rahnu tempat persinggahan dia. Dia la bos dan dia juga kuli..

Jangan tengok ehh banyak duit pergi bercuti, banyak duit pakai baju lawa².. Helloooo!! Itu reward untuk diri sendiri sebab dah bekerja keras. Awak tak tahu dia menjadi bangla untuk bisnes sendiri macam mane..

Janganlah Minta Diskaun Tak Masuk Akal Sekiranya Member Anda Buat Bisnes

Akhir kata, kalau kawan² bisnes jangan la minta diskaun yang tak masuk akal. Kesian kat diorang. 

Dah bagi harga ‘adik beradik’ pun nak diskaun lagi sampai tahap harga borong. Awak ingat kawan awak tu buat bisnes untuk saje² buat amal jariah ke? So agak² la ye.. jangan tengok apa yang dia ada tapi lihat lah segala usaha dia. Sila hadam..

Support bisnes kawan – tak perlu minta diskaun. Tolong promote kalau awak sayang kawan awak. 

Tak semua peniaga tu hidup senang.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.