Header Ads

Kembar Lara Alana, Anak Schawal Ditemui

Kembar Lara Alana, Anak Schawal Ditemui

Seorang gadis yang dikenali sebagai Nadiah Nasir, 20 tular di media sosial baru-baru ini kerana dikatakan memiliki rupa paras yang mirip dengan Lara Alana, anak kepada pasangan popular Awal Ashaari dan Scha Alyahya.

Semuanya bermula apabila seorang netizen memberi komen terhdap gambar yang dimuat naik oleh gadis ini di twitter yang berbunyi, “Lara Alana bila dah besar be like.”

Kembar Lara Alana, Anak Schawal Ditemui

'Post' tersebut menerima maklum balas dari ramai netizen yang rata-ratanya mengatakan begitulah wajah lara apabila meningkat dewasa kelak. 

Nadiah yang sedang menuntut di Universiti Malaya dalam jurusan Sarjana Muda Kesusasteraan Inggeris ini memberi kenyataan bahawa dia berasa terkejut pada awalnya kerana tidak menyangka dikaitkan dengan Lara Alana setelah dia memuat naik gambarnya di laman Twitter. 

“Saya tak rasa wajah saya sama macam Lara Alana. Rasa kelakar pun ada sebab bagi saya, Lara jauh lagi comel daripada saya,” katanya kepada mStar Online.

Inilah Gadis Yang Dikatakan Kembar Kepada Anak Schawal, Lara Alana

Jelas Nadiah lagi, kemungkinan teknik solekan yang digunakan di dalam gambar yang dimuat naik itu yang membuatkan wajahnya kelihatan seperti Lara.

“Saya memang suka berekspresi dengan mekap, cuba pelbagai teknik dan mengambil gambar dari pelbagai sudut,” katanya.

Kembar Anak Schawal, Lara Alana

Menurut gadis yang berasal dari Ampang ini, dia tidak mengambil pusing sekiranya netizen menggelarkan dirinya sebagai 'kembar Lara Alana' dan menggabungkan gambarnya dengan personaliti media sosial itu. 

Menurutnya jumlah pengikutnya di laman sosial bertambah sekitar 300 orang setelah kisahnya tular. 

Kembar Lara Alana

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.