Header Ads

Ketahui Hubungan Anda Melalui Pilihan Pasangan Anda

Ketahui Hubungan Anda Melalui Pilihan Pasangan Anda

Pernahkah anda dengar tentang haptik? Ia adalah sejenis komunikasi bukan lisan melalui sentuhan, kajian oleh ahli psikologi sosial. Pakar mengatakan bahawa banyak boleh diterjemahkan tentang pasangan dengan hanya melihat bagaimana mereka berkelakuan antara satu sama lain, sebagai contoh, semasa berjalan-jalan.

Macam susah untuk dipercayai bukan?

Berdasarkan ujian luar biasa ini kami akan memberitahu anda tentang kebenaran hubungan bersama pasangan anda. Apa yang anda perlu lakukan ialah memilih pasangan yang anda rasa rasa paling bahagia.

Menerusi Brightside, Kami Dedahkan Sesuatu Mengenai Hubungan Anda Melalui Pilihan Pasangan Anda

Kami Dedahkan Sesuatu Mengenai Hubungan Anda Melalui Pilihan Pasangan Anda

A

Di dalam hubungan anda, si perempuan berasa bangga dengan pasangannya dan mahu memberitahu seluruh dunia tentang pasangannya. Si perempuan merupakan seorang yang berdikari, menjaga dirinya sendiri dan tidak mempedulikan apa yang orang fikir. Si lelaki pula merupakan seorang yang komited, menghargai perhubungan dan berdedikasi untuk menjaganya. Motto hubungan anda ialah saling terbuka antara satu sama lain.

B

Di belakang seorang lelaki yang hebat adanya seorang perempuan yang hebat. Kata-kata ini jelas menghuraikan tentang hubungan anda. Pasangan perempuan adalah seorang yang memberika perhatian terhadap perkara-perkara yang penting tanpa membiarkan pasangan lelakinya kesusahan. Si perempuan membantu si lelaki di dalam perkara yang perlu diberikan perhatian yang penuh pada sesuatu masa. pertolongan dari si perempuan membantu si lelaki untuk pergi lebih jauh.

C

Di dalam hubungan anda si lelaki merupakan seorang ketua dalam membuat keputusan. Si lelaki bertanggungjawab dan sedikit panas baran, tetapi pasangan perempuannya mengimbangi sifat ini dengan sikap lembut dan tenangnya. Motto anda ialah si lelaki yang memegang dan si perempuan yang mengimbangi.

D

Pelukan yang intim dan saling percaya ini menjelaskan bahawa si lelaki mahu melindungi pasangannya daripada segala masalah dan membantu menyokong apa yang si perempuan lakukan. Apa yang boleh dikagumi daripada hubungan anda ialah kepercayaan bersama dan amanah tanpa syarat adalah asas kepada hubungan anda.

E

Anda hidup di dalam keadaan yang harmoni dan saling membantu antara satu sama lain dalam apa-apa cara. Anda bahagia menghabiskan masa bersama tidak kira apa yang anda lakukan. Ia boleh jadi keluar beriadah atau menonton televisyen di rumah bersama-sama. Anda selalu gembira bila bersama-sama pasangan anda.

F

Anda bukanlah pasangan yang suka meluahkan atau menunjuk perasaan anda di khalayak ramai. Setiap daripada anda menhormati impian, minat, dan pendapat pasangan masing-masing. Mungkin bukanlah di media sosial tempat anda meluahkannya, tetapi di dalam hubungan anda sendiri terdapatnya jiwa yang paling romantik dengan menghargai antara satu sama lain.

G

Anda mempunyai berjuta gambar bersama pasangan anda. Anda suka untuk meluahkan perasaan dan sikap romantis anda di khalayak ramai. Semua rakan-rakan anda menganggap anda ialah pasangan yang paling bahagia bersama. Semua minat yang dikongsi bersama akan membuatkan anda tidak bosan untuk berada di samping antara satu sama lain.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.