Header Ads

Kisah Ridzuan Puzi, Dari Budak Gerai Nasi Lemak Kepada Jaguh Dunia

Kisah Ridzuan Puzi, Dari Budak Gerai Nasi Lemak Kepada Jaguh Dunia

Ridzuan Puzi, dari budak gerai nasi lemak kepada jaguh dunia acara 100m T36. #KamiLuarBiasa. Bakat Dek Wan (Ridzuan Puzi digilap oleh Encik Affizam bin Amdan, 46, seorang kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis.

Seorang yang sangat merendah diri, menunduk seperti padi berisi, yang telah menggilap jaguhan kampung Perlis. Aku suka kata kata encik Affizam ni “Tak mengapalah, ini kerja ikhlas, ganjaran dari Allah itu kan lebih besar...” 

Siapa Sangka Budak Nasi Lemak Ini Kini Bergelar Jaguh Dunia

Pada mulanya, Dek Wan dihantar ayahnya menjalani latihan kemahiran asas perabot di Bengkel Batu Murni, Batu Bertangkup, Cuping, Perlis. Ayahnya buka saja harapkan Dek Wan setakat belajar buat perabot, tapi belajar juga mengurus diri sendiri.  Selama 2 tahun, Encik Affizam jemput Dek Wan di bengkel di Batu Bertangkup bawa ke untuk stadium, berlatih, dan menghantar pulang ke rumah. 

Bakatnya menyerlah apabila prestasinya di kejohanan sukan peringkat zon, juga di kejohanan sukan OKU peringkat. Begitulah rutin Dek Wan, sebagai budak gerai nasi lemak, sambil terus mengejar impian menjadi jaguh balapan. Di situ juga, Dek Wan dan kawan2 OKU yang lain bekerja, dengan gaji RM15 sehari menjual nasi lemak, jual burger, mencuci pinggan. 

Dari Budak Gerai Nasi Lemak Kepada Jaguh Dunia

Katil dua tingkat, sebuah kipas, almari papan lapis nipis, juga peti TV 14 inci untuk keselesaan dan hiburan Dek Wan dengan kawan-kawannya. Apa yang saya makan, itulah juga yang mereka akan makan. Nak beri lebih-lebih atau nak mewah mewah, tak mampulah saya"- Encik Affizam.

Sekarang, gerai tu baru dirobohkan, lepas Hari Raya Aidiladha, untuk pembangunan. Hanya tinggal kenangan Dek Wan dimana tempat jaguh pecut paralimpik ini mencari rezeki dan tempat berteduh.

Dari Budak Gerai Nasi Lemak Kepada Jaguh Dunia

Ada peristiswa sekitar tahun 2008 dimana seorang lelaki Cina hadiahkan Dek Wan kasut sebab kasut dia rosak dan terlalu buruk. Ketika berlatih di Gunung Medan, Utan Aji. Lelaki Cina bertanya kepada coach iaitu Encik Affizam, "Ini budak OKU... dia mau latih untuk apa?" Coach jawab la berlatih untuk wakili negara dalam ASEAN Para Games 2009. Lelaki Cina tu gelak mengelekek tak percaya. 

Tapi dia baik orangnya.

"Saya mau bagi ini budak kasut baru wo. Nanti esok lu datang tempat saya." Dia nak bagi kasut baru kat Dek Wan sebab kasut dia dah rosak. Esoknya, coach pergi tempat kerja lelaki Cina tu. Benar seperti yang dijanji, sepasang kasut sukan Asics yang cantik dan mahal untuk Dek Wan. Lelaki Cina yang hadiahkan Dek Wan kasut tu bernama Chuah Heng Oon, 57. Salah seorang yang penting dalam karier kejayaan Dek Wan. Pulang dari Kejohanan Paralimpik di Rio de Janeiro, Dek Wan pulang ke kampung, dan ditemukan kembali dengan Heng Oon.

Kisah Ridzuan Puzi Budak Gerai Nasi Lemak

Kisah Ridzuan Puzi Budak Gerai Nasi Lemak

Sebelum dia bertanding di Rio 2016, dia ada telefon coach Affizam, “Wan…nak la-wan… pe-tang… ni… Min-tak… to-long…do-a-kan ber-ja-ya…” Dek Wan tak pernah pergi sekolah, membaca dan menulis tak pandai. Menulis nama sendiri pun tak lepas. Tapi semangat dia besar. Sangat BESAR! 

Dia mungkin dilahirkan tidak sempurna dan ada kekurangan. Tapi ingat, kekurangan tu bukan penghalang untuk kita berjaya.Hinaan atau pandangan jijik segelintir masyarakat semasa dia terdingkut-dingkut berjalan dulu, terpadam serta-merta hari ini.

Sebenarnya, negara mempunyai seorang lagi jagoan 100m iaitu Allahyarham Mohammad Azlan Mat Lazim, rakan karib Dek Wan sendiri. Difahamkan motosikal ditunggangi arwah dan Farisan kemalangan dengan sebuah van. Arwah dikatakan meninggal di tempat kejadian. (Takziah..). 

Pencapaian Allahyarham: tiga emas menerusi acara 100 meter, 200m dan 400m lelaki di Sukan Paralimpik Incheon 2014, Korea Selatan. Mohammad Azlan adalah harapan negara di Kejohanan Paralimpik di Rio 2016. Namun, tugas ni telah Dek Wan tebus.

Kisah Ridzuan Puzi Budak Gerai Nasi Lemak

Sekarang, Dek Wan dibawah jagaan coach R. Jeganathan. Individu yang bertanggungjawab memastikan emas diraih di Rio 2016. Sebelum berlepas ke Rio, Dek Wan sgt bersemangat dengan laungan "MALAYSIA BOLEH!" dan sempat mmberi salam pada semua. "Inilah anak saya" - coach R. Jeganathan. Suasana jadi hiba. Aduhh mata berpeluh lagi. 


Kisah Ridzuan Puzi Budak Gerai Nasi Lemak

Kisah Ridzuan Puzi Budak Gerai Nasi Lemak

Kisah Ridzuan Puzi Budak Gerai Nasi Lemak

Kisah Ridzuan Puzi Budak Gerai Nasi Lemak
“He (Ridzuan Puzi) takes me as his own father. He would follow whatever I tell him to do. So here’s the result (of winning a gold).” Dunia menggelar Dek Wan sebagai "Mr. Dash". Bertubuh kecil tetapi pantas.  Siapa sangka, seorang penghidap Cerebral Palsy mampu menggegar dunia dan melakar nama negara megah ke puncak dunia.

Kisah Ridzuan Puzi Budak Gerai Nasi Lemak

Terima Kasih Dek Wan. Terima kasih coach Affizam, terima kasih coach Jeganathan. Terima kasih Uncle Heng Oon. Terima Kasih rakyat Malaysia! Yang memberi sokongan. - Wahyu Ilahi @WahyuYordan

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.