Header Ads

Kisah Sedih Disebalik Kehandalan Pemain Harimau Muda, N. Thanabalan

Kisah Sedih Disebalik Kehandalan Pemain Harimau Muda, N. Thanabalan

Kehebatan pemain dari Negeri Sembilan ini ketika berada dalam kotak penalti tidak dapat dinafikan. 

N. Thanabalan adalah seorang penyerang yang bijak menghidu bola dengan baik sehingga menjadikannya penjaring terbanyak skuad muda Harimau Malaya setakat ini, dengan tiga jaringan hasil daripada dua perlawanan peringkat kumpulan Sukan SEA 2017.

In the right place at the right time, itulah ayat yang boleh menggambarkan corak permainan Thanabalan.

Memetik BolaDaily.com, pemain ini sentiasa berada di posisi yang betul di dalam kotak penalti. 

Disebalik Kehebatan Pemain Harimau Muda, N. Thanabalan, Ada Kisah Sedih Mengenainya

Hinggakan ramai peminat bola sepak Malaysia menggelarkannya ‘Thana-Inzaghi’. Ada juga yang mengatakan Thanabalan adalah jelmaan Khalid Jamlus.

Itu kisah di dalam padang. Thanabalan mempunyai potensi besar dalam bola sepak Malaysia.

Kisah di luar padang tidak kurang menariknya.

Kisah Sedih N. Thanabalan

Dalam satu temubual dengan The Star, Thanabalan telah berkongsi cerita bagaimana seawal usia muda, dia terpaksa menyara keluarganya selepas bapanya lumpuh akibat kemalangan jalan raya.

Dengan bakat yang ada, dia telah berjaya menyertai pasukan Liga Perdana Negeri Sembilan, tetapi kini dipinjamkan kepada pasukan Liga FAM, Felcra FC.

Kita mungkin merasa pelik, bagaimana pemain yang bagus seperti Thanabalan ini boleh dipinjamkan ke pasukan lain, sedangkan Negeri Sembilan sendiri mengalami prestasi tidak menentu di dalam liga. Kita biarkan menjadi tanda tanya..

Kisah Sedih N. Thanabalan

Baru-baru ini fb page Buffalo Souljah telah berkongsi cerita di luar padang antara Thanabalan dan salah seorang admin page tersebut.

Admin tersebut bertanya, adakah Thana tidak berminat menyertai pasukan lain jika mendapat tawaran.

Jawapan yang diberikan Thanabalan sangat menyentuh hati dan perasaan.

Katanya, jika dia menerima tawaran dari pasukan lain atau terpaksa berjauhan dari keluarganya, siapa yang akan menjaga ayahnya yang sedang lumpuh?

Kisah Sedih N. Thanabalan

Thanabalan Utamakan Keluarga

Oleh kerana itu, Thana telah mengikat kontrak bersama Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) selama 5 tahun. Menurut Thana lagi, dia sanggup bersama dengan PBNS lebih lama, asalkan dia dapat dekat dengan keluarganya.

Thanabalan Mengesahkan Cerita Tersebut

Kisah Sedih N. Thanabalan

Thanabalan kini bersama dengan Felcra FC. Padang latihan Felcara FC pula terletak di Kuala Lumpur. Thana terpaksa berulang alik KL-Seremban setiap hari bagi memastikan dirinya sentiasa bersama dengan keluarganya.

Semoga kesusahan dan kesukaran hidup menjadi motivasi dirinya untuk lebih berjaya di masa depan. 

Bila kita meletakkan urusan keluarga sebagai keutamaan, pasti rezeki akan dipermudahkan.

Tonton video komen N. Thanabalan mengenai pelawanan Malaysia 1 - 0 Indonesia semalam.


(Baca: Ketua Bola Sepak Thailand Dedah 'Poket' Penuh Rahsia Pasukan Malaysia)

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.