Header Ads

Malu Sendiri, Indonesia Akui Tersilap Besar

Malu Sendiri, Indonesia Akui Tersilap Besar

PERSATUAN Sepaktakraw Indonesia (PSI) mengakui skuad sepak takraw wanita negara itu melakukan kesilapan besar berhubung tindakan meninggalkan gelanggang ketika menentang Malaysia, semalam.

Timbalan Presiden PSI, H Syafrizal Bakhtiar, berkata tindakan jurulatih serta pemainnya itu kerana terlalu beremosi dan kecewa terhadap wasit (pengadil) bertugas lapor BERNAMA.

Memalukan! Indonesia Akhirnya Mengaku Melakukan Kesilapan Besar

“Namun selepas meneliti dan melihat semula data serta video ulangan, ternyata tekong kami mengangkat kaki ketika melakukan servis dan ia adalah kesalahan.

“Ketika itu, jurulatih, pemain dan barisan pengurusan kami hanya melihat dengan mata kasar dan kami akui sudah melakukan kesilapan,” katanya Kuala Lumpur, hari ini.

Indonesia Akui Tersilap Besar

Menurut Syafrizal, beliau yang bertindak sebagai pengurus pasukan semalam, cuba memujuk jurulatihnya supaya tidak meninggalkan gelanggang namun disebabkan perlawanan yang ‘panas’, hal yang kecil pun boleh menjadi besar.

“Saya sebagai pengurus pasukan sudah berusaha mengikuti peraturan bahawa kami tidak boleh melakukan protes besar dan hanya boleh membuat bantahan mengikut undang-undang ISTAF (Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa) dan menggunakan prosedur yang betul.

“Namun kerana sudah tidak terbendung pada waktu itu, kami melakukan juga ‘keluar gelanggang’ dan kami kesal serta memohon maaf atas kesilapan itu,” katanya.

Indonesia Akhirnya Mengaku Melakukan Kesilapan Besar

Insiden protes sehingga meninggalkan gelanggang itu tanda bantahan jurulatih Indonesia, Asry Syam terhadap keputusan pengadil Singapura, Mohd Radhi Che Mei membatalkan empat servis yang dilakukan tekong dari negara itu, Lena, ketika mereka sedang mendahului set kedua dengan 16-10.

Tindakan Indonesia itu memberi kemenangan 2-0 secara pembatalan kepada Malaysia selepas pasukan tuan rumah menang set pembukaan dengan 22-20.

Nasib Indonesia bakal diketahui dalam masa terdekat ini selepas Setiausaha Agung ISTAF, Datuk Abdul Halim Kader memaklumkan akan bermesyuarat bersama jawatankuasa teknikal yang lain bagi menentukan jenis hukuman akan dikenakan ke atas republik itu.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.