Header Ads

Pasukan Bola Sepak Malaysia Dapat Sokongan Padu Rohingya

Pasukan Bola Sepak Malaysia Dapat Sokongan Padu Rohingya

Demam bola sempena Sukan Sea 2017 Kuala Lumpur masih lagi terasa. Ini bukan demam biasa-biasa tapi semestinya demam panas!

Mana taknya, bola ni diibaratkan seperti ‘ibu segala pingat’… Kalau pasukan Harimau Muda dapat ‘menangkap’ pingat tersebut, memang pesta habis negara kita!

Walaupun pelbagai berita yang kurang enak didengari semenjak kejadian salah cetakan bendera negara seberang, Indonesia, namun itu tidak membuatkan skuad negara berputus asa.

Bukan itu sahaja, semasa pertembungan antara Malaysia dan Myanmar pada Isnin lalu, berlaku juga kejadian yang mana dua orang penyokong Myanmar dibelasah teruk oleh penyokong Malaysia sendiri.

Keesokan harinya selepas perlawanan, tular di laman Twitter yang mana ketika perlawanan berlangsung, terdapat beberapa orang warga Rohingya yang turut sama menyaksikan perlawanan itu. Apa yang sedikit menyentuh hatinya ialah apabila mereka sendiri menyokong skuad negara kita lapor MYNEWSHUB.

Rohingya Myanmar Sokong Pasukan Bola Sepak Malaysia

Mana taknya, warga Rohingya ini mereka sendiri telah dihalau dari tanah air mereka oleh golongan Buddha Myanmar. Tak kurang itu juga, ada warga Rohingya yang dibunuh dengan kejam di negara sendiri.

Seorang pengguna laman Twitter telah memuat naik satu tweet yang menunjukkan tiga orang Rohingya yang menyokong sambil memakai mafla bertulis ‘Malaysia’.

Rata-rata netizen melahirkan rasa sedih setelah melihat gambar tersebut. Mereka turut berada dalam barisan penyokong Ultras Malaya yang mana merupakan penyokong tegar bola sepak tanah air.

Rohingya Myanmar Sokong Pasukan Bola Sepak Malaysia

Rohingya Myanmar Sokong Pasukan Bola Sepak Malaysia

Rohingya Myanmar Sokong Pasukan Bola Sepak Malaysia

Ada juga yang mengatakan bahawa mereka menyokong Malaysia kerana sedar akan niat mereka yang sebenar, yang mana mereka ke sini untuk mencari rezeki dan bukannya untuk membuat kecoh.

Kebanyakannya orang Rohingya yang datang ke Malaysia semestinya tujuan mereka untuk lari dari menjadi mangsa pembunuhan kejam di negara mereka sendiri. Mana tidaknya, duduk di negara sendiri pun rasa tak tenang.

Rohingya Sokong Pasukan Bola Sepak Malaysia

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.