Header Ads

Suami Akan Dibenarkan Kahwin Lebih Dari Satu Tanpa Persetujuan Isteri Pertama Di Kedah

Suami Akan Dibenarkan Kahwin Lebih Dari Satu Tanpa Persetujuan Isteri Pertama Di KEdah

Kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Negeri Kedah, Datuk Mohd. Rawi Abdul Hamid, yang menyatakan bahawa negeri Kedah akan menyelaraskan undang-undang syariah untuk hanya memaklumkan kepada isteri pertama jika suami berkahwin di luar negara, dan persetujuan isteri pertama tidak diperlukan untuk perkahwinan tersebut, mendapat respon negatif dari pelbagai pihak termasuk pembangkang.

Menurut penjelasan Mohd Rawi, undang-undang yang bakal digubal itu dicadangkan bagi memastikan perkahwinan kedua didaftarkan didalam negara.

Bagi membantah cadangan tersebut, wanita Pakatan Harapan (PH) mahu kerajaan menggubal undang-undang memastikan seorang lelaki yang mahu berpoligami mampu daripada sudut kewangan.

Melalui ketuanya, Zuraida Kamaruddin, beliau membantah cadangan tersebut bagi memastikan hak-hak isteri pertama dan anak-anak tidak diabaikan apabila memberi kebenaran berpoligami kepada suami lapor utaranews.com.

Kedah Akan Benarkan Suami Kahwin Lebih Dari Satu Tanpa Persetujuan Isteri Pertama

“Oleh yang demikian, Wanita PH menolak undang-undang yang menekan hak-hak wanita atas alasan remeh.

“Wanita PH percaya terdapat langkah-langkah lain yang boleh digunakan untuk memastikan perkahwinan didaftarkan tanpa mengugat hak-hak wanita lain sekaligus memastikan undang-undang digubal selari dengan hukum syarie sedia ada,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Justeru, kata Zuraida, beberapa faktor penting perlu dipertimbangkan sebelum membenarkan poligami mengikut syariat Islam.

Dalam isu ini, walaupun kebenaran isteri pertama bukan satu kemestian namun persetujuannya adalah satu pra-syarat yang penting untuk menjamin kerukunan institusi kekeluargaan.

“Kebenaran ini adalah penting bagi memastikan hak-hak isteri pertama dan anak-anak seperti nafkah dan kebajikan terjamin dan terjaga.

“Isteri pertama harus dipanggil ke Mahkamah Syariah untuk diambil keterangan tentang kelayakan suami berpoligami supaya konsep keadilan yang disebut dalam al Quran, Surah An-Nisa ayat 3 dapat dilaksanakan,” ujarnya.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.