Header Ads

Terlalu Teruja Dapat Curi iPhone, Dua Pencuri Remaja Kantoi Kerana 'Wefie'

Terlalu Teruja Dapat Curi iPhone, Dua Pencuri Remaja Kantoi Kerana 'Wefie'

Gembira nampak berswafoto dengan hasil curian. Secara logiknya pencuri akan berusaha untuk melarikan diri bersama barangan yang telah dicuri. 

Namun, berbeza dengan dua pencuri remaja ini. Mungkin akibat terlalu seronok berjaya mencuri sebuah telefon bimbit mereka dengan selamba menggunakan telefon yang dicuri untuk mengambil gambar selfie. 

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Taman Rinting selepas seorang  pengguna Facebook, Liza Hamid memuat naik status tersebut di media sosial. Berikut adalah perkongsian penuh dari wanita tersebut. 

Gembira Dapat Curi iPhone, Dua Pencuri Remaja Ini Terkantoi Gara-Gara Selfie

Dua remaja dilaporkan pernah terlibat dalam kegiatan curi namun apa yang membezakan ialah kali ini mereka mungkin teruja mencuri telefon bimbit jenama iPhone itu. 

"Kali ni memang rare..Dah la curi iPhone lepastu boleh pulak suka amik selfie"

Pencuri iPhone Selfie

Pencuri iPhone Selfie

Pencuri iPhone Selfie

Mungkin remaja ini pencuri level 'noob' agaknya yang tidak menyedari telefon tersebut mempunyai sistem icloud dimana setiap gambar yang ditangkap boleh di akses melalui mana-mana tempat. 

Kedua-dua mereka berjaya dikesan oleh pemilik telefon bimbit di kawasan Taman Rinting. Apabila pemilik ke sana untuk mendapatkan telefon bimbitnya dua remaja berkenaan bertindak mengacukan pisau ke arah pemilik telefon tersebut. 

Pencuri iPhone Selfie

Pencuri iPhone Selfie

Wanita tersebut juga menyeru jika terserempak dengan dua lelaki ini supaya berhati-hati dan memaklumkan perkara tersebut kepada pihak polis. 

Pencuri iPhone Wefie

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.