Header Ads

Yuna Dan Adam Sinclair Akhirnya Bertunang

Yuna Dan Adam Sinclair Akhirnya Bertunang

Tahniah kepada penyanyi Yuna Zarai kerana telah selamat bertunang dengan jejaka pilihannya, Adam Yousof Mohamed Sinclair, petang tadi yang dilangsungkan di kediaman ibu bapa Yuna di Shah Alam. 

Berita baik tersebut pastinya sangat dinantikan peminat penyanyi ini.

Yuna Dan Adam Sinclair Selamat Bertunang

“Syukur Alhamdulillah, majlis pertunangan kami berjalan dengan lancar. Majlis kami dihadiri keluarga terdekat dan rakan-rakan karib. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada peminat yang selalu mendoakan kebahagiaan saya”

Yuna Dan Adam Sinclair Selamat Bertunang

“Berkat doa mereka, hari ini saya selamat bertunang dengan Adam Sinclair. Saya sangat bersyukur berjumpa dengan seorang lelaki yang sangat penyayang dan baik hati. Percaturan Allah itu memang sungguh indah,” kongsinya kepada Harian Metro.

Tambah Yuna, Adam merupakan kawan karibnya dan sering membuatkannya tersenyum dan ketawa. Semoga segala persiapan Yuna dan Adam menuju hari bahagia dipermudahkan. 

Yuna Dan Adam Sinclair Selamat Bertunang

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.