Header Ads

Didakwa Tiru Tajuk Filem Pekin Ibrahim, Ini Jawapan Ahmad Idham

Didakwa Tiru Tajuk Filem Pekin Ibrahim, Ini Jawapan Ahmad Idham

Baru-baru ini Ahmad Idham dituduh meniru tajuk filem Pekin Ibrahim kerana tajuk filem yang bakal dihasilkan kedua-dua pengarah ini hampir sama.

Filem terbaru bakal diarahkan Ahmad Idham berjudul 'Hantu Wangan' seakan sama dengan Filem arahan Pekin Ibrahim yang sedang menjalani pengambaran ketika ini iaitu 'KL Wangan'.

Sebelum ini kekecohan juga pernah berlaku antara pengarah Ahmad Idham dan Pekin Ibrahim kerana persamaan tajuk filem Mat Moto, Ahmad Idham menafikan bahawa filem baru arahannya tidak meniru mana-mana pihak.

Beliau berkata, tajuk yang digunakannya itu boleh dipakai oleh mana-mana pihak selagi ia belum dipatenkan.

Penjelasan Ahmad Idham Isu Tiru Tajuk Filem Pekin Ibrahim

"Saya tidak meniru mana-mana pihak, tak salah pun saya pakai tajuk itu kerana ia bukan kepunyaan siapa-siapa selagi ia belum dipatenkan.

"Kalau nak kira begitu, tajuk 'Hantu' pun saya tak boleh buat sebab abang Mamat Khalid dah buat Hantu Kak Limah," ujarnya kepada mStar Online, pada Isnin.

Itu reaksi Ahmad Idham berkaitan tajuk filem terbaharunya berjudul Hantu Wangan dikatakan seakan-akan sama dengan tajuk filem Pekin Ibrahim KL Wangan.

Pada bulan Disember 2015, kedua-dua pengarah filem ini pernah mencetuskan kontroversi apabila filem mereka menggunakan tajuk yang sama iaitu Mat Moto dan ditayangkan secara serentak di pawagam.

Namun begitu, Ahmad Idham juga menjelaskan bahawa Pekin tidak perlu bimbang kerana filem tersebut mempunyai genre berbeza daripada filem KL Wangan yang sedang dihasilkan pelakon itu.

Ahmad Idham Tiru Tajuk Filem Pekin Ibrahim

Idham juga memberitahu bahawa filem terbaru arahannya juga tidak akan ditayangkan pada masa yang sama dengan tayangan filem arahan Pekin itu.

"Dia tidak perlu takut kerana genre filem saya seram komedi dan bukan cerita pasal aksi lumba-lumba kereta. Ia tentang sekumpulan remaja yang menyesal dengan perbuatan mereka lumba haram apabila terlibat dengan kemalangan jalan raya.

"Pekin punya filem sudah lama penggambarannya dan sudah tentu dia akan tayang dulu, sedangkan filem saya baru mula penggambaran," katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Idham berkata, sebagai anak seni yang sama-sama berkarya perlu mengambil perkara tersebut daripada sudut positif.

"Tidak perlu ada rasa tidak puas hati atau takut kerana ia adalah persaingan yang positif. Kita perlu saling menyokong antara satu sama lain dan barulah industri filem kita berkembang," ujarnya.

Ahmad Idham Tiru Tajuk Filem Pekin Ibrahim

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.