Header Ads

Identiti Penyanyi Remaja Popular Yang Ditangkap Khalwat Dikenalpasti. Ini Penjelasannya.

Identiti Penyanyi Remaja Popular Yang Ditangkap Khalwat Dikenalpasti. Ini Penjelasannya.

Terkejut! Itulah perasaan yang dapat kami dapat gambarkan apabila seorang penyanyi remaja popular ditangkap dalam sebuah operasi yang telah dijalankan pada bulan yang lalu.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, penyanyi remaja ini yang juga merupakan salah seorang finalis Anugerah Juara Lagu telah ditangkap berdua-duaan dengan seorang gadis dalam keadaan yang mencurigakan.

Kejadian tersebut terjadi di sebuah kawasan perumahan USJ Subang dan kedua-duanya berada di dalam sebuah kereta dalam keadaan gelap.

Difahamkan, ketika disoal siasat, kereta yang digunakan adalah milik gadis berkenaan dan penyanyi tersebut turut merayu supaya kejadian ini tidak dipanjangkan kerana khuatir akan karier nya di dalam bidang seni akan terjejas lapor Hangat.com.

Sayang seribu kali sayang kerana kami berasakan penyanyi ini berpotensi besar dan hampir setiap lagunya diterima baik oleh peminat. Kami berharap penyanyi ini belajar dari kesilapan tersebut kerana kami percaya jika peminat dan keluarga beliau tahu akan kes ini, pasti mereka akan kecewa.

Penyanyi Remaja Popular Kantoi Ditangkap Khalwat. Ini Penjelasan Darinya.
Gambar hiasan.

Aiman Tino enggan melatah cerita ditangkap khalwat

KUALA LUMPUR: Penyanyi remaja, Aiman Tino, mengakui terkejut dengan penyebaran berita palsu mengatakan beliau ditangkap khalwat bersama seorang gadis dalam kereta, malam tadi, sekitar kawasan Subang.

Aiman atau nama sebenarnya, Mohammad Aiman Yusri, 19, bagaimanapun enggan melatah dengan cerita yang didakwa tidak benar itu.

“Saya diberitahu mengenai cerita khalwat ini oleh peminat yang khuatir sama ada ia benar atau sebaliknya. Saya berterima kasih kepada mereka yang bertanggungjawab menyebarkan khabar angin ini.

“Saya sedang melepak bersama-sama kawan di Ampang untuk berbincang mengenai lagu, jadi bagaimana timbul cerita ditangkap khalwat pula? Berita yang tersebar ini boleh mencalarkan imej saya kerana secara tidak langsung pasti ada yang mempercayainya.

“Namun, saya memilih untuk tidak melatah dengan cerita yang timbul ini bagi mengelakkan ia menjatuhkan semangat saya.

“Apa yang pasti, keluarga tahu perkara itu tidak benar sama sekali . Saya sendiri pun masih lagi tinggal bersama mereka,” katanya kepada BH Online.

Aiman Tino Khalwat

Aiman mengulas mengenai cerita disiarkan di ruangan pojok hiburan sebuah blog tempatan, kononnya seorang penyanyi remaja lelaki yang juga finalis Anugerah Juara Lagu 31 ditangkap khalwat.

Daripada bayangan diberikan, penyanyi yang dimaksudkan itu adalah Aiman.

Dalam perkembangan terbaru, Aiman bakal melancarkan lagu duet berentak pop bersama kakaknya, Fara Hazel, dalam tempoh terdekat.

“Insya-Allah, saya bakal berduet dengan kakak menyanyikan lagu ciptaan ayah kami. Malah, saya juga akan menyanyi rap dalam lagu itu bagi menampilkan kelainan.

“Harapnya ia dapat diterima oleh peminat di luar sana,” kata Aiman yang meletup dengan lagu Ku Rela Dibenci.

Selain itu, Aiman juga bakal melancarkan baju sekolah jenama sendiri pada hujung tahun ini.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.