Header Ads

Kecewa Dengan Produksi, Perserta Clever Girl Malaysia Lulusan Oxford Tarik Diri

Kecewa Dengan Produksi, Perserta Clever Girl Malaysia Lulusan Oxford Tarik Diri

WAKIL Pulau Pinang dalam pertandingan Clever Girl Malaysia iaitu Noor Syakirah Mohd. Azam (Kiera) yang menarik diri daripada menyertai rancangan itu semalam mendedahkan mengapa dia membuat keputusan begitu.

Memilih Instagram sebagai saluran untuk mendedahkan punca penarikan dirinya daripada rancangan realiti itu, Kiera mendakwa pihak produksi Clever Girl 2017 berat sebelah ataupun ‘pilih bulu’.

Perserta Clever Girl Malaysia, Kiera Dedahkan Perangai Sebenar Produksi Sebelum Tarik Diri

Kata Kiera, dia berasa seperti tertipu dan diperbodohkan apabila terdapat peserta yang menerima soalan bocor daripada pihak produksi sendiri.

Menurut Kiera, dia berasa terkilan kerana seakan-seakan diperguna hanya kerana dia merupakan graduan institusi pengajian tinggi paling berprestij dunia iaitu Universiti Oxford.

Kata Kiera lagi, salah seorang peserta telah diberikan soalan dan jawapan bocor supaya dia akan terus kekal di dalam pertandingan tersebut.

Perserta Clever Girl, Kiera Tarik Diri

Malah, ramai penonton sudah ‘perasan’ sesuatu yang aneh apabila pengacaranya, Aliff Satar, belum lagi habis menanyakan soalan namun telah menerima jawapan tepat daripada peserta tersebut!

Menurut Kiera, peserta tersebut tidak mengetahui jalan kerja soalan matematik tersebut dan tergagap-gagap sewaktu diminta melakukan jalan kerja bagi memahamkan rakan-rakan seperjuangannya.

Selain itu, Kiera turut mendakwa pihak produksi sengaja memberikan peserta itu jawapan yang betul kerana mahu penonton di rumah berasa ‘sesuatu’ apabila seorang graduan Oxford menjawab soalan dengan salah.

Perserta Clever Girl, Kiera Tarik Diri

Kata Kiera, setiap hari dia menangis apabila memikirkan dirinya seperti dipergunakan oleh produksi untuk kelihatan ‘kurang cerdik’.

Selain itu, pemegang ijazah sarjana muda dalam jurusan Bahasa Inggeris itu juga menyifatkan tindakan segaja membocorkan jawapan itu sebagai satu taktik yang kotor dan keji.

Tak apa lah, dengan kepandaian dan kecantikan Kiera, lebih baik dia menyalurkan khidmat kepada karier dan keluarga sahaja.

Lagi pun, semua orang tahu peserta Clever Girl kebanyakannya tidak begitu ‘cerdik’, jadi dalam hal ini Kiera tidak rugi apa-apa langsung!

Perserta Clever Girl, Kiera Tarik Diri

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.