Header Ads

Kurang Ajar! Hina Almarhum Sultan Kedah, Sebarkan Sehingga Penderhaka Ini Ditangkap

Kurang Ajar! Hina Almarhum Sultan Kedah, Sebarkan Sehingga Penderhaka Ini Ditangkap

Seorang lelaki yang bernama Hershel Tan dengan biadapnya telah menghina Almarhum Sultan Kedah dan ia menimbulkan kemarahan netizen dan rata-rata bertindak menyebarkan akaun facebook berserta gambar lelaki biadap berkenaan.

Hershel Tan Hina Almarhum Sultan Kedah

Hershel Tan Hina Almarhum Sultan Kedah

HUKUMAN BERAT HINA INSTITUSI BERAJA

Kuala Lumpur: Pengamal undang-undang dan pakar sejarah mahu individu yang didapati salah menghina institusi Raja dikenakan hukuman lebih berat, termasuk penjara mandatori.

Pengarah Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia (PKIRM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof Datuk Dr Ramlah Adam (gambar), berkata undang-undang itu perlu digubal dan dikuatkuasakan segera bagi menghentikan penghinaan terhadap Raja atau Sultan.

Katanya, Raja adalah ketua agama Islam pada peringkat negara dan negeri yang diperintah Raja serta menjadi simbol kedaulatan Melayu lapor Berita Harian.

Hershel Tan Biadap Hina Almarhum Sultan Kedah Kini Dicari Pihak Berkuasa

Hershel Tan Hina Almarhum Sultan Kedah

Gubal Akta Baru

Beliau berkata, ketika ini mereka yang menghina institusi Raja dikenakan tindakan mengikut Akta Hasutan 1948, dan apabila undang-undang baru dikuatkuasakan ia hendaklah menerusi penggubalan akta baru. Perbuatan menghina Raja atau Sultan tidak sama dengan menghasut yang termaktub di bawah akta sedia ada, ia seharusnya diasingkan kerana martabat institusi itu amat tinggi dalam masyarakat Melayu sejak era kegemilangan kesultanan Melayu. Kita semua sedia maklum perkembangan Islam berkait rapat dengan peranan Raja.

Penggubalan undang-undang itu bukan untuk mendewakan Raja sebaliknya menghormati peranan mereka sebagai ketua agama dan pelindung Melayu. Jangan silap tafsir istilah Daulat Tuanku dengan menganggap ia mendewakan Raja, sebaliknya ia simbol menghormati dan menyanjung institusi Diraja, katanya, ketika dihubungi semalam.

Semalam, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, dilaporkan berkata Jabatan Peguam Negara sedang mempertimbangkan undang-undang baru bagi mengenakan hukuman lebih berat terhadap individu yang menghina institusi Raja. Kata beliau, pihaknya sedang mengkaji perkara itu secara terperinci dan akan menentukan sama ada undang-undang khas untuk kesalahan menghina Raja perlu digubal atau sebaliknya.

Sementara itu, Ketua Kluster Tadbir Urus, Perundangan dan Pengurusan Awam, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood, berkata penggubalan undang-undang baru perlu disegerakan berikutan peningkatan kes menghina Raja. Katanya, undang-undang yang mengenakan hukuman lebih berat, termasuk penjara mandatori dan denda lebih besar boleh mengekang tindakan pihak terbabit.

Hershel Tan Hina Almarhum Sultan Kedah

1 ulasan:

  1. Hukuman yang lebih tegas perlu dikuatkuasakan supaya integriti kesultanan dan pemerintahan beraja negara kita lebih terjaga dan utuh.

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.