Header Ads

Luahan Isteri Geli Nak Cium Suami Yang Mulut Berbau Dan Boroi Selepas 8 Tahun Hidup Bersama

Luahan Isteri Geli Nak Cium Suami Yang Mulut Berbau Dan Boroi Selepas 8 Tahun Hidup Bersama

Selalu kita mendengar ada sesetengah lelaki bergelar suami selalu mengadu isteri mereka sudah tidak cantik seperti dulu. Siap membanding bezakan isteri sendiri dengan isteri orang lain yang juga sudah mempunyai ramai anak, tetapi masih mampu menjaga penampilan diri. 

Itu biasa. Yang tak biasa, bila isteri mengadu tentang suami yang sudah tidak seperti dulu, boroi, mulut berbau, kepala mulai botak tengah etc.

Jarang dengar isteri berkata-kata demikian, tetapi jika suami confessor ini terbaca luahan isterinya ini? Pasti menangis dan berat rasa hati nak menerima hakikat luahan isterinya yang sudah lama terpendam itu. 

ADMIN dan semua pembaca Kisah Rumah Tangga (KRT). Saya nak luahkan perasaan dan stress saya tentang suami saya ini. 

Masa mula-mula berkahwin, suami saya ini punyalah handsome 'gile'. Bibir merah, badan sado, sedap mata memandang sehingga saya bangga bila keluar dengan dia walaupun saya adakalanya cemburu juga bila ada perempuan lain yang memandang-mandang dia. 

Tetapi selepas lapan tahun berkahwin (lapan tahun ye, bukan 15 tahun) dan dikurniakan empat orang anak, suami saya dah jadi macam orang hutan saja. Dengan perutnya sudah boroi, kepalanya sudah mula botak, sudahlah dahi dia luas seperti padang golf, mulut pula berbau busuk, nak cium pun geli wei! 

Bila saya tengok suami jiran walaupun anak mereka dah lima dan kahwin pun dah 20 tahun, tetapi masih kelihatan handsome. Bila dia keluar dengan anak dia, dah macam adik beradik pula saya tengok. 

Bukannya seperti suami saya yang serabai gile tak reti nak bergaya langsung. Nak keluar dengan dia pun saya malu. Nak bawa pergi kenal-kenal dengan kawan sekolah pun saya tak sanggup. 

Nak 'bersama' dengan suami, saya terpaksa bayangkan muka suami seperti suami jiran saya, baru saya boleh teransang pada suami sendiri. Kalau saya tak bayangkan begitu, saya cuma nampak babi saja di atas perut saya. 

Boleh semua makcik-makcik bawang dan pakcik-pakcik halia beri pandangan? Saya sudah puas menasihatkan suami saya ini, tetapi diabuat tak peduli saja. 

Apa perasaan anda wahai lelaki kalau ada isteri yang mengadu di page KRT seperti masalah saya ini? Sentap tak? Pengajarannya, susah nak jumpa seorang isteri yang menghina atau mengadu tentang bentuk fizikal suaminya. Jadi para suami ingat, jangan nak menghina isteri. 

Sekian dari saya. 

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.