Header Ads

Penjelasan Kenapa Mangsa Banjir Di Perlis Hanya Diberi Lauk Taugeh Dan Sardin

Penjelasan Kenapa Mangsa Banjir Di Perlis Hanya Diberi Lauk Taugeh Dan Sardin

Viral di laman sosial status seorang wanita, Azizah Abdullah yang dipercayai merupakan mangsa banjir di Perlis apabila bertanyakan reaksi netizen berhubung lauk taugeh dan sardin yang diberikan kepada mereka.

Statusnya itu menimbulkan kontroversi apabila ramai yang mengecamnya sebagai seorang yang tidak bersyukur.

Berikut merupakan statusnya.

Mangsa Banjir Di Perlis Sedih Kerana Hanya Diberi Lauk Taugeh Dan Sardin. Ini Penjelasannya.

Terbaharu, seorang lelaki, Muhammad Issya‎ yang mengaku dirinya sebagai salah seorang yang bertanggungjawab menyediakan makanan untuk mangsa banjir telah tampil menjelaskan kenapa hanya lauk taugeh dan sardin yang diberikan kepada mangsa banjir pada hari itu.

Berikut merupakan penjelasan darinya.

Oleh kerana saya ada di tempat masak utk mangsa banjir, saya nk tolong jwb kenapa dia dapat sardin dan taugeh. Utk pengetahuan kak dan yang lain, menu tengahari tadi adalah gulai ikan nyoqnyoq dan taugeh tu.

Oleh kerana ada pemintaan tambahan, ikan nyoqnyoq habis. Nak p cari takdan dh. Kedai runcit sebelah tempat masak ni ja. So belilah sardin utk ganti ikan nyoqnyoq tu. Untuk menu malam ni ayam goreng dan sayuq kubis. Apabila sayuq kubis habis, depa buat ayam masak kicap sbb nk bg ada kuah.

Dalam masa sama dpt maklum kwsn di kg telok, behor gelam dan alor banat air naik disebabkan air pasang besar, ada permintaan makanan lagi. Ayam dh habis. Maka terpaksa guna sardin dan telor rebus utk sedikit permintaan tambahan tu.

Untuk makluman, Yayasan Pok Kassim adalah pusat operasi memasak untuk semua pusat dan penempatan banjir tak kira yg berpindah atau tidak berpindah. Utk di pusat pemindahan geng JKM dtg ambil mknn. Manakala yg tak berpindah anggota JPAM pergi antar dimana saya turut serta bersama. Kami hantar di khemah2 yg jkkk buat tepi jalan.

Geng jkkk akan maklum kpd penduduk yg tak pindah utk dtg ambil nasi di khemah tersebut. Ketua chef memasak adalah abg2 askar rejimen 504. Depa bermalam tido dalam khemah dekat ypk ni. Setiap hari seawal jam 4 pg depa dh bgn utk sediakan sarapan p.

Mereka dibantu sukarelawan dari APM, student unimap, ikbn, uitm dan sukarelawan ypk. Esok pagi menu bihun goreng ya. Sekian tq.

Mangsa Banjir Di Perlis Sedih Kerana Hanya Diberi Lauk Taugeh Dan Sardin

Berikut pula merupakan antara komen-komen netizen berhubung status kontroversi itu.

Mangsa Banjir Di Perlis Hanya Diberi Lauk Taugeh Dan Sardin

Mangsa Banjir Di Perlis Hanya Diberi Lauk Taugeh Dan Sardin

Mangsa Banjir Di Perlis Hanya Diberi Lauk Taugeh Dan Sardin

Mangsa Banjir Di Perlis Hanya Diberi Lauk Taugeh Dan Sardin

1 ulasan:

  1. Memang adat orang Malaysia tak menghargai apa yang sedia ada..Kalau ada yang kurang,daripada bantu menambah baik lebih suka kecam dan sebar keburukan..

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.