Header Ads

Rokok Kiddie Pack Jerat Rokok Untuk Kanak-Kanak

Rokok Kiddie Pack Jerat Rokok Untuk Kanak-Kanak

Kementerian Kesihatan dan NGO membantah paket rokok yang kurang 20 batang yang dikenali sebagai “pek Kiddie” dijual di pasaran.

Menurut Dr S Subramaniam, kementerian tidak akan memberi kelulusan untuk penjualan paket tersebut kerana undang-undang melarang penjualan rokok dalam pek kurang daripada 20 batang lapor siakapkeli.my.

"Perundangan melarang penjualan pek kecil rokok kurang daripada 20 batang. Ini juga selaras dengan Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau (FCTC) yang mana Malaysia adalah sebahagian daripada," katanya.

FCTC adalah perjanjian kawalan tembakau yang mana Malaysia telah menjadi sebahagiannya sejak 2003.

Di perjanjian itu, Malaysia diwajibkan secara langsung mewujudkan peruntukan yang ketat untuk mengawal tembakau dengan menggubal alat undang-undang domestik, menguatkuasakan undang-undang dan membangunkan dasar kebangsaan yang jelas yang memberi keutamaan kepada kesihatan awam.

Menurut FCTC, perjanjian antarabangsa pertama yang dimulakan dan diterima pakai oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), menetapkan piawaian antarabangsa untuk mengawal tembakau dengan peruntukan mengenai pengiklanan dan penajaan, peningkatan cukai dan harga, pelabelan, perdagangan haram dan asap terpakai.

Katakan TAK NAK pada Kiddie Pack!

Dalam pada itu negara-negara luar seperti Brunei, Cambodia, Laos, Singapura dan Vietnam telah mengharamkan produk rokok Kiddie Pack di jual dipasaran kerana mahu melindungi kanak-kanak dari ancaman rokok.

Menurut amaran yang di keluarkan oleh pihak WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) “Rokok KIDDIE PACKS merupakan strategi pemasaran Industri Rokok. Ia dijual agar rokok mampu dibeli oleh kanak-kanak dan golongan muda.” 

Rokok Kiddie Pack adalah pek rokok yang mengandungi kurang dari 14 batang rokok. Ia dikatakan di reka khas untuk menarik minat kanak-kanak.

Ciri-ciri yang terdapat pada rokok kiddie pack ialah:

- Lebih kecil
- Tampak menarik dan comel
- Lebih mudah di bawa dan di simpan 
- Lebih mampu di miliki (termasuk kanak kanak!)

Terdapat kajian di Ireland menunjukkan 75% perokok bawah umur membeli dan memilih rokok Kiddie Pack. Survey pada kanak-kanak 11- 15 tahun di England pula mendapati kanak-kanak berjaya membeli rokok Kiddy Pack berbanding rokok 20 batang.

Ini adalah Strategi Syarikat Tembakau Industri tembakau telah membelanjakan kira kira 8.49 Billion USD setiap tahun untuk pemasaran produk beracun mereka. Beradasarkan kajian metaanalisis dari 9 kajian kohot telah membuktikan, hubungan yang positif, konsistan dan spesifik di antara pemasaran dan promosi rokok dan keinginan remaja untuk merokok.

Katakan TAK NAK pada Kiddie Pack!

Industri Rokok mempunyai satu isu besar, iaitu majoriti perokok akan mati akibat penyakit berkaitan rokok. Mereka memerlukan pelapis yang menggantikan pelanggan pelanggan yang telah mati. Atas sebab itu, kanak-kanak dan golongan muda menjadi sasaran Industri.

Walaupun kenaikan harga runcit beberapa tahun kebelakangan ini, ia tidak bermakna mereka boleh membuat pengenalan baru untuk menarik orang ramai terutama golongan kanak-kanak.

Katakan TAK NAK pada Kiddie Pack!

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.