Header Ads

Bercadang Untuk 'Trade In' Kereta Habis Bayar? Baca Ini Dulu.

Bercadang Untuk 'Trade In' Kereta Habis Bayar? Baca Ini Dulu.

Lumrah hidup manusia, bila semakin senang mereka semakin lupa akan kesusahan. Samalah segelintir kita yang sudah hidup senang mulalah berubah pemikiran.

Bila sudah berduit mulalah mahu tukar itu ini dan semuanya mahu yang baru. Barang lama dilupaka demi mendapatkan barang baru yang dapat memuaskan hati.

Tapi ramai yang tidak sedar bahawa mereka mungkin akan ditimpa musibah yang teruk lagi jika tidak pandai membuat kira-kira.

Samalah kes dengan membeli kereta baru dengan “trade in” kereta lama.

Ini untuk mereka yang pakai kereta second hand yang masih good condition tetapi sudah settle bayar.

Jangan tukar kereta baru. Tambah tak mengapa. Jika anda sudah ada kereta habis bayar, jangan gatal trade ini untuk kereta baru, jangan gatal jual untuk ambil yang baru.

Jangan Ambil Kereta Baru Selagi Belum Buat Kira-kira Ini

Jangan ambil kereta baru sehingga semua kira-kira sudah dibuat.

Sila kira, jika sebulan anda bayar RM500 sebulan cuba kira kalau setahun anda bayar berapa?

RM500 x 12bulan = RM 6000 setahun. Banyak kan?

RM6000 tak termasuk insuran kenderaan dan cukai jalan, kalau campur adalah dekat RM 7000.

Jangan 'Trade In' Kereta Habis Bayar Selagi Anda Belum Baca Artikel Ini

Tanggung Hutang Baru Lama Separuh Mati

Banyak ke sikit ? dan ingat, anda kena tanggung hutang selama 9 tahun lagi.

Tahukah anda dengan bayaran setahun kereta baru, anda boleh buat overhaul pada kereta lama dan boleh juga full servis untuk digunakan lebih kurang tiga tahun lagi.

Anda menanggung hutang baru. Nak lepas dari hutang kereta lama separuh mati.

Berbaloikan Dengan Kereta Hutang Yang Tidak Perlu?

Sekarang senang-senang nak ambil kereta baru dan hutang baru. Berbaloi kah beraya dengan kereta HUTANG yang tidak perlu.

9 tahun anda tidur tak lena, mandi tak basah bila terkenangkan hutang kereta dan lain-lain.

Pilihan Terletak di Tangan Anda

Kesimpulan: Ini bukan post untuk kempen jangan ambil kereta baru. Kalau mahu ambil, ambillah, semua pilihan terletak di tangan anda.

Cuma biasalah, kalau dah kena barulah nak berakal. Nak selesaikan hutang kereta bukan sehari dua. Makan masa bertahun-tahun.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.