Header Ads

Boy Iman Ditahan Buat Kali Keempat

Boy Iman Ditahan Buat Kali Keempat

KUALA LUMPUR- Bekas pelakon, Datuk Boy Iman direman buat kali keempat bagi membantu siasatan kes penipuan skim perumahan mampu milik yang melibatkan DBI Properties dan Juta Kelulut Global Resources.

Boy sebelum ini pernah ditahan reman selama dua hari di Ampang, Selangor dan Muar, Johor dan tiga hari di Shah Alam, Selangor bersama-sama tiga rakan suspek iaitu Kassim Arunasalam, Muhammad Umar Abdul Jamil dan Siti Norbaiyah Yahya, yang dikenali sebagai Datuk Anggun.

Menurut laporan Harian Metro, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, Boy direman bagi membantu siasatan bersangkutan dengan sebuah laporan polis yang dibuat di Sungai Petani, Kedah.

Boy Iman Masuk Lokap Buat Kali Ke-4

Boy Iman Masuk Lokap Buat Kali Ke-4

Boy Iman Masuk Lokap Buat Kali Ke-4

Keempat-empat mereka ditempatkan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Petani, Kedah.

Permohonan reman semua suspek diperlukan bagi meneruskan siasatan dan melengkapkan kertas siasatan sebelum pendakwaan dilakukan.

Sementara itu, seorang lagi suspek bernama Zubir Yahya atau dipanggil Ustaz Zubir masih dalam buruan kerana hilang daripada radar.

Boy Iman Masuk Lokap Buat Kali Ke-4

Oleh itu, pihak polis meminta bantuan orang ramai yang mempunyai maklumat tentang Ustaz Zubir bagi membantu proses siasatan.

Pada 2 Oktober lalu, Boy dan tiga yang lain ditahan susulan 188 laporan polis oleh mangsa yang mendakwa ditipu dua syarikat menawarkan rumah pada harga lebih rendah berbanding harga pasaran iaitu kira-kira RM60,000 untuk sebuah banglo berkeluasan 1,650 kaki persegi.

Sehingga Jumaat lalu, jumlah laporan polis yang dibuat mangsa bertambah kepada 210 laporan dari seluruh negara, membabitkan projek di Negeri Sembilan, Johor dan Selangor.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. 

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.