Header Ads

Cara kesan Levi’s 501 palsu atau original macam orang pro

Cara kesan Levi’s 501 palsu atau original

Artikel ringkas ini khas untuk newbie dan tidak sesuai untuk mereka yang sudah handal.

Dua hari lepas, member terkena 501 Big E Fake. Hangus RM350. Seller pula, senyap terus! Lahabau punya makhluk!

Itulah sebabnya orang suruh tanya member yang lebih arif kalau item itu kau rasa was-was keasliannya. Jangan main beli semborono, kelak merana, duit hangus, nak pakai item itu pun dah rasa malu!

Cara bezakan Levi’s 501 palsu dengan original

Kali ini aku kongsi empat cara mudah untuk detect fake. Tak minta banyak, cuma berharap kau tak terkena dengan malaun jual barang Fake pada harga pergi Mekah, balik hari. Sebelum itu, simpan dalam kepala ciri-ciri paling asas Levi’s 501 dan Levi’s 505.

√ Levi’s 501 – Pakai butang (kecuali 501ZXX)
√ Levi’s 505 – Pakai zip
√ Kalau kau jumpa Levi’s 501 pakai zip, itu adalah Levi’s fake!
√ Sama juga sebaliknya kalau kau jumpa 505 pakai butang, itu Levi’s fake!

Empat ciri-ciri di bawah mampu menyelamatkan kau dari menanggung kerugian:

1. Top button

Cara bezakan Levi’s 501 palsu dengan original

Original Big E Stamp 555,524,520,8,6,W,K,J dll.

Top button Levis Fake biasanya distamp ‘501’. Dan sinar banar atau berkarat sangat. V stich pun lari (rujuk gambar)

2. Pai/rear patch 501xx

Cara bezakan Levi’s 501 palsu dengan original

Original warna koko muda atau warna kayu, sesetengah berminyak (era kain pasir 90’an)

Fake biasanya warna koko gelap, pai putih, warna seperti warna kayu tapi print atas kertas nya nampak murah.

3. Tag dalam/inner tag

Cara bezakan Levi’s 501 palsu dengan original

Untuk Big E 501xx keluaran US era 1993 hingga 1998

Original punya lebar dan sedikit pendek .

Fake punya tag yang kecil dan panjang.

4. Selvedge (kepala kain) 501xx

Cara bezakan Levi’s 501 palsu dengan original

Original, warna kepala kain putih padat dan ada redline dan tiada extra selvedge di atas poket syilling.

Fake biasanya kepala kain lebar dan bergarisan merah atau biru dan ada selvedge atas poket syilling. Sesetengah ada selvedge atas poket belakang.

Denim US punya Trademark tersendiri. Bagi yang dah biasa,memang sedia maklum. Tak perlu lihat tag bagai, tengok kain dah tahu negara origin.

Sumber: Azam Shah

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.