Header Ads

Kata-Kata Didakwa Mengguris Hati Rakyat Malaysia, Ini Penjelasan TMJ

Kata-Kata Didakwa Mengguris Hati Rakyat Malaysia, Ini Penjelasan TMJ

KUALA LUMPUR – Para peminat bola sepak tanah air terguris dengan kenyataan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang secara sinis menganggap skuad bola sepak kebangsaan sebagai ‘bukan pasukan negaranya’.

Menurut mereka, sebagai Presiden FAM yang dipilih oleh ahli-ahli gabungan persatuan bola sepak di Malaysia, Tunku Ismail perlu mempertahankan dan membangunkan mutu bola sepak negara selain tidak menganggap diri baginda tiada kaitan dengan sukan tersebut yang mengalami kemerosotan besar sejak awal tahun ini lapor KOSMO!.

Pada sesi soal jawab bersama wakil-wakil media di JDT Cafe, Johor Bahru malam kelmarin, baginda bertitah:

“Pasukan negara anda semua, not my negara (bukan negara saya). I’m from Johor, you know (Saya berasal dari Johor, anda tahu).”

Bekas pemain kebangsaan, Khalid Ali berkata, titah Tunku Ismail itu mengguris hati peminat sukan tempatan kerana baginda dipilih menjadi Presiden FAM ke­rana diyakini mengetahui formula untuk memperkasakan bola sepak tanah air.

Menurutnya, beliau menganggap titah Tunku Ismail itu di luar jangkaan penyokong-penyokong bola sepak negara, ditambah dengan kenyataan baginda bahawa jawatan sebagai Presiden FAM merupakan kerja sambilan sahaja.


MENGGURIS HATI..? TMJ Jawab Sinis Mentaliti Akhbar Malaysia.

Satu jam lebih punya dialog saya bercakap mengenai bola sepak dan isu-isu semasa, tetapi ayat gurauan yang terakhir saya selama 20 saat itulah yang menjadi tumpuan sekarang. Inilah salah satu sebab mengapa saya dah tak baca surat khabar dalam negara ini kerana sikap terdesak ingin menjual surat khabar dan menulis berita seperti di majalah gosip.

Kepada sahabat-sahabat saya di luar negara ini, inilah slogan “Malaysia Boleh”. Inilah mentaliti bangsa Melayu saya di sesetengah tempat di Malaysia. Berjuta-juta duit setiap bulan diberikan kepada Kosmo yang terletak di bawah Utusan tetapi kerja hanya ingin melaga-lagakan orang sahaja dan tulis berita macam gosip murahan. Nasihat saya kepada kerajaan, lebih baik anda tutup sahajalah syarikat surat khabar tersebut daripada membazir duit rakyat.

Semua benda nak percuma, tidak berusaha tetapi tidak boleh melihat kesenangan orang lain. Apabila menulis panjang, malas membaca. Ada pulak yang tak faham. Apabila dah keluar video “live” pun masih tak faham?

Saya pernah dimaklumkan berkenaan dengan agenda hendak meningkatkan sistem pelajaran di dalam negara ini. Dengan apa yang kami lihat, saya rasa mereka yang berkuasa harus bertindak cepat untuk meningkatkan sistem pelajaran kerana ada 3 perkara harus diberi perhatian dalam negara ini iaitu kurang pendidikan, rasuah dan “extremism”.

Jikalau ia berlarutan, gelap masa depan anak cucu cicit kita.

Berkenaan saya ingin berjumpa dengan budak “topi merah”, kami pernah berjumpa dahulu ketika beliau ingin memberi idea untuk menekan kepimpinan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) terdahulu. Jadi kali ini saya ingin bertanya kepada beliau, apa yang menyebabkan beliau tidak gembira sekarang ini? Apa yang boleh saya buat untuk beliau atau mereka yang lain?

Saya teringin sangat nak bertanya sendiri kepada mereka semua tentang apa yang mereka mahu dengan FAM ketika ini. Jikalau betul ada apa apa, FAM sekarang ini kan sudah ada hubungan rapat dengan penyokong, tidak seperti FAM yang dahulu. Jadi luahkanlah kepada saya apabila kita berjumpa. Ini baru saya cakap nak jumpa dah macam nak roboh satu negara.

Isu-isu penting semua tidak ambil peduli tetapi hanya gurauan atau ketika cakap kosong sahaja yang di besar-besarkan. Malaysia…

Artikel ini dimuat naik di Facebook Johor Southern Tigers. Tunku Ismail Sultan Ibrahim ialah Tunku Mahkota Johor dan presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Penjelasan TMJ Isu Kata-Kata Mengguris Hati Peminat Bola Sepak Tanah Air

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.