Header Ads

"Maaf, perempuan tu melayu kan?" - Eina Azman Dikecam Sambut Deepavali

"Maaf, perempuan tu melayu kan?" - Eina Azman Dikecam Sambut Deepavali

Bagi mereka yang berpeluang untuk berkahwin dengan bangsa lain mungkin dapat merayakan pelbagai sambutan seperti Raya Cina ataupun Deepavali. Dan baru-baru ini, sambutan Deepavali memang meriah dengan dentuman bunyi bunga api dan cahaya yang berwarna-warni.

Bila jenguk ke laman Instagram artis macam Eina Azman, lagilah seronok bila tengok dia bersama suami dan anak-anak kembarnya turut meraikannya.

Sambut Deepavali, Eina Azman Dikecam Hingga Agamanya Dipersoal

Bagi mereka yang tak tahu, pelakon ini telah berkahwin dengan suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden yang berketurunan Sikh. Jadi tidak hairanlah jika mereka menyambut Deepavali sekali dengan keluarga belah suami.

Tapi biasalah bila sampai sahaja ke pengetahuan netizen, habis semuanya dikutuk! Paling sedih bila mereka mempersoalkan pegangan agama dan akidah Eina. Ada yang beranggapan tindakan Eina meraikannya adalah tidak patut sama sekali.

Eina Azman Deepavali

“Kau ni agama apa ya, kenapa nak sambut Deepavali pulak?”

Tak cukup dengan itu, siap mengata pasangan ini langsung tidak secocok, malah Eina Azman dianggap sebagai seorang yang materialistik.

“Kalau laki tu tak berduit meniaga kedai runcit kau ingat eina pandang kew.”

Eina Azman Deepavali

Banyak betul masa netizen mencari kesalahan orang lain ya. Apa salahnya jika meraikan perayaan bersama-sama. Adakah ianya berdosa?

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.