Header Ads

Ramai Hairan Kenapa Kucing Makan Anaknya Sendiri. Ini Sebabnya.

Ramai Hairan Kenapa Kucing Makan Anaknya Sendiri. Ini Sebabnya.

Bunyi yang terlalu kuat seperti bunyi yang datang dari kedai memperbaiki kereta, renovate rumah, radio atau speaker yang kuat dan juga kehadiran kucing-kucing yang lain terutama kucing yang mengalami kitaran keinginan mengawan (heat cycle) boleh menyumbang keadaan stress kepada ibu kucing yang baru sahaja melahirkan.

Seharusnya mereka di tempatkan di tempat yang agak sunyi dan sedikit gelap seperti di dalam kotak, di dalam bilik atau di bawah katil di mana mereka tidak mudah diganggu. Keadaan stress mampu membuat ibu kucing tidak waras (macam meroyan) dengan mencederakan anaknya sendiri.

Penjelasan Kenapa Kucing Memakan Anaknya Sendiri

Deria bau

Kadang2 kita terlalu mengawal kucing yang baru lepas melahirkan. Anak kucing yang baru lahir sebenarnya tidak digalakkan kita, manusia, kerap memegang atau membelai mereka. Ini adalah kerana ibu kucing mempunyai sifat ‘melindungi’ (protective) terhadap anak-anaknya. Deria bau mereka boleh mengesan perbezaan bau anak-anaknya dengan bau yang asing, yang diibaratkan mengancam nyawa anak-anaknya yang lain dan seterusnya boleh bertindak ‘membunuh’ anaknya yang berbau lain.

Tidak cukup zat

Ibu kucing sebenarnya boleh mengesan anak-anaknya yang lemah dan tidak mampu berjuang untuk hidup. Mereka bertindak membunuh anak tersebut kerana memberi peluang anak2nya yang lain hidup lebih baik kerana tidak perlu berkongsi susu dgn anak yang sakit; atau ibu kucing itu sendiri tidak mempunyai zat yang cukup, lapar dan kurang susu untuk diberikan kepada anaknya yang bersaiz besar atau, anak yang ramai atau tidak berupaya melindungi anaknya yang sihat.

Kenapa Kucing Makan Anaknya Sendiri

Takut dan dalam usia muda

Terdapat teori yang menyatakan ibu kucing yang berusia muda terutama yang baru mencapai kematangan kali pertama (1st heat) gagal mengawal emosi takut menghadapi pengalaman melahirkan dan menyusukan anak. Teori ini agak sukar diterima oleh pemilik kucing dan menjadi penyebab terakhir mengapa ibu kucing makan anaknya sendiri. Ini adalah kerana pemilik kucing itu sendiri menerima tamparan dan dipersalahkan kerana gagal memandulkan atau cuai menjaga kucingnya.

Tergugat

Teori ini dikatakan berlaku pada kucing jantan yang dominan. Kucing jantan berupaya menghidu bukan sahaja pada kucing dewasa tetapi jugak pada anak kucing yang boleh menjadi rival atau musuh kepadanya.

Kenapa Kucing Makan Anaknya Sendiri

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.