Header Ads

Ramai Setuju Yusuf Azmi, Lando Dan Uncle Kuang Jadi Menteri. Apa Pendapat Anda?

Ramai Setuju Yusuf Azmi, Lando Dan Uncle Kuang Jadi Menteri. Apa Pendapat Anda?

Akhir-akhir ini beberapa nama aktivis yang giat menolong serta memperjuangkan nasib rakyat dilihat semakin disebut-sebut dan meletup-letup dek kerana keikhlasan mereka membantu.

Mereka yang dimaksudkan terdiri daripada Lando Zawawi, Yusuf Azmi dan juga Uncle Kuan Chee Heng. Kisah-kisah dan cerita berkaitan dengan perjuangan ketiga-tiga nama yang begitu besar ini sering kali terpampang di dada akhbar dan juga di media sosial.

Netizen Sokong Sekiranya Yusuf Azmi, Lando Dan Uncle Kuang Jadi Menteri. Apa Pula Kata Anda?

Untuk pengetahuan semua, Yusuf Azmi merupakan seorang pengarah Unit TIndakan Khas Persatuan PEngguna Islam (PPIM) yang menjadi watak utama PPIM dalam membel hak, menjaga dan mengembalikan maruah para pengguna di seluruh Malaysia.

Yusuf Azmi, Lando Dan Uncle Kuang Jadi Menteri

Manakala, Lando Zawawi atau nama sebenarnya adalah Azlan Sani Zawawi pula adalah merupakan seorang aktivis jalan raya kerana kerap kali melakukan kerja-kerja amal menurap jalan-jalan yang rosak dan berlubang. Malaha, modal menurap jalan juga dikatakan dengan menggunakan duit poket miliknya sendiri tanpa meminta sebarang bantuan mana-mana pihak yang berkait.

Kegiatan Lando yang juga seorang pelakon ini telah mula disedari oleh orang ramai yang kini turut mengikuti jejak langkahnya dengan mewuhudkan satu kumpulan yang diberikan nama ‘IKATAN SIRATURRAHIM BROTHERHOOD’.

Yusuf Azmi, Lando Dan Uncle Kuang Jadi Menteri

Seorang ahli perniagaan yang berbangsa Cina ini pula di gelar sebagai ‘Hero Malaya’ atau nama sebenarnya Kuan Chee Heng yang begitu dikenali di kalangan netizen di Malaysia selepas beliau telah memberikan bantuan kepada seorang wanita ibu kepada 8 anak dan turut melakukan aktiviti kebajikan masyarakat yang lain.

Walau bagaimanapun, beberapa gambar yang tersebar di media sosial yang turut mendapat jumlah LIKE lebih dari 30 ribu dan 3 ribu perkongsian selepas dimuat naik di laman sosial dan gambar-gambar tersebut turut diolah semula oleh seseorang yang tidak dikenali.

Yusuf Azmi, Lando Dan Uncle Kuang Jadi Menteri

Yang amat menarik adalah apabila rata-rata netizen turut memberikan sokongan padu seandainya ketiga-tiga aktivis tersebut menjadi calon menteri seperti yang telah tertera di dalam gambar seperti di atas.

Yusuf Azmi, Lando Dan Uncle Kuang Jadi Menteri

Segelintir netizen pula dilihat turut berjenaka apabila memuat naik gambar Dato Boy Iman dengan mencalonkan artis itu sebagai Menteri Perumahan.

Yusuf Azmi, Lando Dan Uncle Kuang Jadi Menteri

Apa pendapat anda semua tentang ini?

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.