Header Ads

Asal-Usul Keris Melayu Dan Penjelasan Kenapa Bilah Keris Bengkang Bengkok

Sebenarnya keris merupakan senjata pendek Austronesia (kumpulan penduduk yang terdapat sekitar Ocenia dan Asia Tenggara)

yang digunakan sebagai mempertahankan diri serta alat kebesaran diraja dan ia jugak dianggap unik bagi masyarakat Melayu di Indonesia, Malaysia, Singapura, Thailand Selatan, Filipina Selatan dan Brunei.

Kami yakin kebanyakan antara korang tahu apa itu keris tapi adakah korang tahu bilakah memula keris tu dibuat dan dari manakah ia berasal? So kalau korang nak tahu lebih detail, jom baca lebih lanjut artikel ni…

Asal-Usul Keris Melayu Dan Penjelasan Kenapa Bilah Keris Bengkang Bengkok

Keris terawal dijumpai di Candi Borobudur

Banyak betul pendapat yang ada tentang asal-usul keris. Ada yang kata ianya berasal dari India, dan ada pulak kata ia diilhamkan oleh senjata Vietnam. Bukti penemuan awal keris dijumpai di Candi Borobudur dan Prambanan, berusia seawal tahun 600 sebelum Masihi.

Kenapa Bilah Keris Bengkang Bengkok? Ini Sejarah Tentang Keris Melayu Yang Kita Tak Pernah Dengar.

Bilah berbentuk daun kat atas ni adalah atok nenek kepada bentuk keris moden.

Mengikut dokumentari daripada Discovery Network, logam yang menghasilkan keris pertama adalah dibuat dari lava gunung berapi.

Ada pulak yang kata keris dulu-dulu diperbuat daripada batu meteor yang “jatuh dari langit”, menggambarkan “kesatuan manusia dan Tuhan“.

Amboih guna bau meteor cukup… tak larat la kalau nak beli keris ni ikut kati.

Apa asal-usul perkatan ‘keris’

Ada pendapat yang mengatakan keris ni berasal dari perkataan Jawa, ‘ngeris’ yang bermaksud ‘menikam’ atau ‘menusuk’.

Menurut satu blog ni pulak, dia berkunjung ke Muzium Adat Istana Jahar kat Kelantan yang mengatakan huruf jawi dalam perkataan keris (Kaf, Ra, Ya, dan Sin) mempunyai maksud tersendiri termasuklah:

Ketahanan Rakyat Yang Sepadu, Kekuatan Raja Yang Sejati, Keamanan Rakyat Yang Sejahtera, Kemuliaan Raja Yang Susila, Kebanggaan Rakyat Yang Setia, dan Kuasa Raja Yang Sejagat.


Asal-Usul Keris Melayu Dan Penjelasan Kenapa Bilah Keris Bengkang Bengkok

Orang dulu pun dah pandai guna akronim kau tau. Imej dari Keris Warisan Bangsa.

Kenapa bilah keris bengkang-bengkok?

Sebelum kami jawab soalan tu, kita kena kenal satu-persatu bahagian keris ni dulu. Keris ni punyalah kompleks, tiap celah dan ceruk dia ada nama khas, tapi kat sini kami ringkaskan kepada tiga bahagian iaitu hulu, pedongkok, dan bilah.

Hulu keris

Asal-Usul Keris Melayu Dan Penjelasan Kenapa Bilah Keris Bengkang Bengkok

Reka bentuk di hulu keris ni menggambarkan kekuatan dan kekuasaan senjata tu sendiri dan ia biasanya diperbuat daripada perdu atau tunjang kayu. Tapi ada jugak yang diperbuat daripada gading gajah, tanduk binatang, gigi ikan paus, emas, perak dan besi.

“Keris ada bisa dan penawar, contohnya hulu keris daripada kayu penawar hitam boleh menyembuhkan bisa dan menghentikan darah akibat tikaman.” – Profesor Madya Dr Abdul Mua’ti @ Zamri Ahmad, Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM. Dipetik dari Harian Metro.

Asal-Usul Keris Melayu Dan Penjelasan Kenapa Bilah Keris Bengkang Bengkok
Hulu keris dari Lampung. Imej dari Java Keris.

Asal-Usul Keris Melayu Dan Penjelasan Kenapa Bilah Keris Bengkang Bengkok
Hulu keris Punukan dari Palembang dan Ratmaja dari Bali. Imej dari Java Keris.

Pedongkok keris

Asal-Usul Keris Melayu Dan Penjelasan Kenapa Bilah Keris Bengkang Bengkok

Ia jugak turut dikenali sebagai dokok, dulang-dulang keris dan memendak. Ia merupakan sebentuk cincin yang dipasang di bahagian pangkal hulu keris sebagai perhiasan dan pembahagi antara hulu dan mata keris. Korang boleh tengok antara contoh jenis-jenis dokok kat bawah ni:

Asal-Usul Keris Melayu Dan Penjelasan Kenapa Bilah Keris Bengkang Bengkok
Beberapa jenis pendokok keris. Imej dari Pusaka Budaya.

Bilah keris

Ok bagi korang yang tertannya-tanya… kenapa bilah keris bengkang-bengkok? Ada yang kata keris ni bukannya untuk memotong macam pisau atau pedang tapi untuk menikam. Ada juga yang kata alur dia ibarat ular yang hendak menyerang.

Tapi sebenarnya bilah keris ni banyak je yang jenis lurus. Yang beralun tadi pulak dipanggil sebagai ‘lok’.

Bilangan lok yang terdapat kat keris selalunya ganjil kerana ia katanya dipadankan dengan ciri-ciri keislaman seperti rukun Islam (5), bilangan keliling tawaf wakaf (7), rukun sembahyang (13) dan jumlah sembah yang lima waktu (17).

Asal-Usul Keris Melayu Dan Penjelasan Kenapa Bilah Keris Bengkang Bengkok
Contoh bilah keris yang berlok. Imej dari Visit Indonesia.

Asal-Usul Keris Melayu Dan Penjelasan Kenapa Bilah Keris Bengkang Bengkok
Bilah keris jenis lurus. Imej dari Jejak Warisan.

Tapi ada jugak yang berpendapat bilangan lok keris yang ganjil itu menggambarkan ia tak sempurna, kerana yang sempurna itu hanyalah Allah sahaja.

“Lok keris yang genap bilangannya adalah bilah keris terakhir dibuat empu untuk menggambarkan ia tidak mahu lagi membuat keris dan memastikan ia keris terbaik dihasilkan.” – Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM, Profesor Madya Dr Abdul Mua’ti @ Zamri Ahmad.

Keris sebagai lambang kebesaran dan kedaulatan

Selain daripada dibuat sebagai senjata, keris merupakan lambang kedaulatan dan kebesaran Melayu, dan selalu digunakan dalam adat istiadat diraja. Keris Panjang Diraja merupakan alat kebesaran negara paling utama dalam istiadat pertabalan.

Asal-Usul Keris Melayu Dan Penjelasan Kenapa Bilah Keris Bengkang Bengkok
Keris Panjang Diraja. Imej dari Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa.

Untuk pengetahuan korang, hulu hingga ke sarung keris panjang diraja ni bersalut dengan emas dan kat sampirnya ada lambang Kerajaan Persekutuan serta lambang 11 Negeri-negeri Tanah Melayu dan ianya hanya boleh dibawa oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam istiadat-istiadat tertentu je.

Jika Keris Panjang Diraja ni menjadi lambang kebesaran dan kekuatan, macam mana pulak dengan keris paling lejen sepanjang zaman… Keris Taming Sari?

Kisah Taming Sari, keris paling masyhur

Asal-Usul Keris Melayu Dan Penjelasan Kenapa Bilah Keris Bengkang Bengkok
Keris Taming Sari yang dipakai oleh Hang Tuah. Imej dari Kuala Kangsar.

Menurut Wikipedia dan Discovery Networks, keris yang paling masyhur ialah Keris Taming Sari yang merupakan senjata Hang Tuah, seorang pahlawan Melayu yang terkenal.

Malah penghasilan keris Taming Sari ni jugak dikatakan diperbuat daripada 20 jenis besi.

Kalau korang masih ingat lagi, Hang Tuah telah difitnah oleh musuhnya dan tanpa usul periksa Sultan Mansur Shah telah menjatuhkan hukuman terhadap Hang Tuah. Keris Taming Sari miliknya itu diserahkan kepada Sultan lalu Sultan pun menyerahkan Taming Sari tu kat Hang Jebat.

Tapi bila Hang jebat dapat tahu Hang Tuah telah dihukum oleh Sultan, Hang Jebat pun mengamuk di Istana sehingga Sultan melarikan diri untuk selamatkan nyawanya daripada diancam oleh Hang Jebat.

Sultan pun diberitahu yang Tuah sebenarnya masih hidup, lalu menitahkan Tuah untuk membunuh Jebat dan merampas semula Keris Taming Sari tu. Demi ketaatan terhadap Sultan, Tuah pun menurut perintah membunuh Jebat, sahabat karibnya sendiri.

Asal-Usul Keris Melayu Dan Penjelasan Kenapa Bilah Keris Bengkang Bengkok

Tapi kat mana keris Taming Sari tu berada sekarang ni? Ada yang kata ianya telah hilang dilautan, tapi apa yang kami jumpa ialah…

“Dalam koleksi adat Kebesaran Kesultanan Perak, mereka percaya bahawa mereka adalah waris Keris Taming Sari. Walaupun Lagenda Hang Tuah ada menyatakan bahawa keris itu telah hilang dilautan…

Ini kerana Kesultanan Perak mempunyai pertalian rapat dengan Kesultanan Melaka.” – Profesor Datuk Zainal , Universiti Malaya. Dipetik dari Discovery Network.

Menurut Kosmo, Keris Taming Sari ada tersimpan rapi kat Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak. Ia disimpan bersama 26 alat kebesaran Perak yang lain di dalam sebuah peti besi khas di Istana Iskandariah.

“Lagipun keris berkenaan sudah menjadi hak Kesultanan Perak yang sah sejak tahun 1528 selepas diwariskan Sultan Melaka, Sultan Mahmud Shah 1 kepada Sultan Perak pertama iaitu Sultan Mudzaffar Shah.” – Nor Jannati Ibrahim, Bekas Pengarah Muzium Perak. Dipetik dari Kosmo.

Keris Taming Sari dikatakan mempunyai ‘kuasa’ hinggakan penjaga alat kebesaran diraja itu perlu mematuhi pantang larang sepanjang menjaga atau membawanya.

Kepercayaan mistik mengenai keris

Asal-Usul Keris Melayu Dan Penjelasan Kenapa Bilah Keris Bengkang Bengkok

Amalan sesetengah masyarakat yang memandikan keris dengan limau dan mengasapkannya. Imej dari Khalifah Gayong.

Sedangkan keris pun bermandi limau dan asap, korang tu bila nak mandi dah Maghrib ni. Imej dari Khalifah Gayong.

Terdapat beberapa kepercayaan bahawa keris mempunyai semangatnya yang tersendiri. Malah jika mengikut amalan Melayu tradisional, ia perlu diasapkan terutama pada malam Jumaat.

Menurut Discovery Network, keris dibersihkan secara ritual itu sebenarnya adalah untuk melindungi ia daripada karat dengan menggunakan limau nipis dan akhir sekali keris itu akan diasapkan menggunakan kemenyan.

“Ada generasi muda yang takut keris kerana mempercayai ada makhluk halus hakikatnya tidak ada dan tak munasabah langsung.”- Profesor Madya Dr Abdul Mua’ti @ Zamri Ahmad, Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM. Dipetik dari Harian Metro.

Tapi tak dinafikan jugak terdapat sesetengah pemilik atau pembuat keris turut memasukkan penunggu ke dalam senjata tersebut untuk memberikan kekuasaan kepada si pemakainya.


“Ada juga keris pusaka ni yang diikat di tiang seri (tiang tengah rumah) sebagai pelindung keluarga tersebut. Tapi kini perkara ini dianggap sebagai kepercayaan tahyul oleh masyarakat.” – Professor Datuk Zainal dari Universiti Malaya. Dipetik dari Discovery Network.

Ada sesetengah mereka yang menyifatkan keris ni mempunyai pengaruh psikologi yang kuat dalam kehidupan, kepercayaan dan amalan harian mereka.

Oleh kerana pendapat ini telah sebati dalam diri mereka, maka mereka pun menjadikan keris ni sebagai barang keramat yang sakti dan dihormati sehingga membawa kepada pemujaan. Dan kepercayaan ini masih lagi meresap hingga sekarang.

Menurut DarusSyiffa, sebagai umat Islam, janganlah kita terlalu taksub dengan kesaktian sesuatu benda tu seperti keris sehingga kita terlalu kagum dengan kuasa sakti yang kononnya terdapat pada keris itu sendiri kerana ia merupakan kerja jin dan syaitan yang berusaha untuk menyesatkan manusia.

Ini akan menjerumuskan orang ramai dalam kesyirikan kerana mempercayai terdapat makhluk yang lebih berkuasa selain Allah S.W.T

Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas

Asal-Usul Keris Melayu Dan Penjelasan Kenapa Bilah Keris Bengkang Bengkok

Jelas berdasarkan apa yang kita lihat kat atas, keris bukan sahaja berfungsi sebagai alat mempertahankan diri untuk digunakan dalam pertarungan semata malah ia menjadi warisan masyarakat Melayu sejak berabad lamanya.

Walaupun secara nyatanya kita tak lagi menggunakan keris pada masa kini, namun kita haruslah mengekalkan tradisi kita dan meneruskan warisan yang telah diturunkan secara turun-menurun.

Mungkin sebab itulah kalau korang perasan, ia turut menjadi sebahagian daripada pemakaian penting seorang Sultan atau raja Melayu sehingga ke hari ini.

“Ia (keris) umpama kad pengenalan… orang akan tahu daripada mana pemilik itu datang dan pangkatnya.” – Prof. Madya Dr. Abdul Mua’ti @ Zamri Ahmad, Dekan Fakulti Bahasa dan Komunikasi UPM.

Jom kita ambil pendapat rakyat jelata pulak. Kami tanya member kat Facebook dan ini jawapan yang diberi.

Asal-Usul Keris Melayu Dan Penjelasan Kenapa Bilah Keris Bengkang Bengkok

Asal-Usul Keris Melayu Dan Penjelasan Kenapa Bilah Keris Bengkang Bengkok

Sumber: kakilikeviral.com

1 ulasan:

  1. ingin wujudkan impian anda , raih kesempatan dan menangkan ratusan juta rupiah hanya di ionqq,silakan invite
    pin bb#58ab14f5

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.