Header Ads

Misteri 3 Peserta "D’Academy Asia 3" Pengsan Di Atas Pentas (Video)

Konsert 20 Besar D’Academy Asia 3 yang berlangsung meriah pada Selasa (14/11/2017) berubah menjadi aneh di akhir acara. Kejadian aneh secara berturut-turut menimpa tiga peserta yang bertanding.

Ketika juri memberi krtikan, peserta dari Singapura, Reza Zakaria nampak seperti biasa setelah mendapat nilai tertinggi. Namun ketika juri keempat, Hans Anuar (Brunei), memberi penilaian, tiba-tiba sahaja Reza mahu rebah di pentas. Hos rancangan terpaksa bergegas lari menghampiri. Tak lama kemudian ahli medik membawa Reza ke belakang pentas.

Misteri 3 Peserta "D’Academy Asia 3" Pengsan Di Atas Pentas

Irfan Hakim lantas terlihat mendekati tiga peserta lain sambil membisikan sesuatu. Bibir Aulia DA4, Darling (Malaysia), dan Nor Haqeem (Singapura), nampak terkumat-kamit membaca doa. Ramzi berkata Reza merasa kakinya lemas hingga ia tak boleh ke pentas kembali. Irfan Hakim menegaskan kejadian tersebut nyata dan bukanlah gimik.

Pengsan Di Atas Pentas Dengan Penuh Misteri, 3 Peserta "D’Academy Asia 3" Ini Cetus Persoalan

Namun tak berapa lama kemudian, tubuh Aulia secara tiba-tiba longlai. Aulia pun menyusul jatuh pengsan. Iyeth Bustami lari dari bangku juri ke pentas untuk membantu Aulia. Suasana seperti serba tak kena ini sepertinya juga melanda Darling.

Pengsan Di Atas Pentas Dengan Penuh Misteri, 3 Peserta "D’Academy Asia 3" Ini Cetus Persoalan

Ketika juri memberi kritkan terakhir untuk dirinya dari Mayuni Omar (Singapura), kali ini giliran tubuh Darling yang nampak seperti terumbang-ambing. Melihat gelagat aneh tersebut, Ramzi, Irfan Hakim, dan Gilang Dirga pun spontan langsung berlari mendekati mereka, sebelum Darling jatuh ke lantai.

Apa yang terjadi di Studio 5 Indosiar ketika itu. Di media sosial, netizen pun pelik melihat rentetan kejadian aneh ini. Ada yang mendakwa ada unsur mistik dan menyeramkan.

Tonton video Peserta D’Academy Asia 3 pengsan dengan misteri di bawah.


Sumber: rilekslah.my

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.