Header Ads

Sejarah Keturunan 'WAN'. Dari Mana Asal-Usulnya?

Awalan nama Wan ialah gelaran yang digunakan untuk orang dari keturunan bangsawan Melayu. 

Nama ini digunakan oleh golongan:

√ Keturunan Ahlul Bait, lihat Wan (Ahlul Bait).
√ Keturunan Raja Patani di Kelantan, di zaman Cik Siti Wan Kembang.
√ Keturunan panglima-panglima Kedah.
√ Keturunan nama kerabat di raja Dari negeri-negeri Melayu

Memegang gelaran 'Wan' menyebabkan seringkali aku ditanya dengan soalan-soalan yang ada ketikanya aku sendiri tak mampu nak mengulas panjang mengenainya..

Sejarah Keturunan 'WAN'. Dari Mana Asal-Usulnya?

‘Kenapa nama ada Wan?’
‘Kamu Wan mane, Ganu? Kelate’
‘Eh…nama kamu ado Wey (Wan)…buleh kechek kelate dengan ambo le gitu, ambo dok Kota Bharu..mu dok mano’?
‘Ayah kamu tak ada title Wan, tapi kenapa nama kamu ada Wan’?

Itu adalah antara soalan-soalan yang acap kali aku dengari…dan aku sendiri tidak berapa jelas tentang asal usul keturunan ‘Wan ini….memang benar kebanyakkan daripadanya berasal dari Negeri Pantai Timur…namun aku bukan berasal dari negeri itu…malah tidak lansung mempunyai keluarga yang berasal dari situ…soal kenapa aku memegang gelaran ‘Wan di pangkal nama aku akan cuba aku huraikan di sini….Sebelum itu…biar aku jelaskan sedikit latar belakang keluarga aku…

Butiran Tentang Abah:

Nama:
Ismayatim Bin Ismail (Tidak memegang gelaran ‘Wan)
Latar Belakang:
Anak Jati Negeri Kedah, dilahirkan dan dibesarkan di
kampung halamannya.

Butiran Tentang Mak:

Nama:
Sharifah Rohani Binti Syed Ishak (Memegang gelaran ‘Sharifah daripada keturunan ‘Syed)
Latar Belakang:
Dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur tetapi mempunyai latar belakang keluarga yang hampir keseluruhannya berasal dari Negeri Kedah Darul Aman

Butiran Tentang Aku (Penulis)

Nama:
Wan Faizatul Atiqah Binti Ismayatim (Memegang gelaran ‘Wan)
Latar Belakang:
Dilahirkan di Kuala Lumpur dan dibesarkan di Negeri Selangor Darul Ehsan
Adik-beradik:

7 orang-Kesemuanya memegang gelaran ‘Wan

Asal-Usul Dan Sejarah Keturunan 'WAN'

‘Wan adalah gelaran yang diwarisi oleh anak yang mana bapanya memegang gelaran Wan. Kebiasaannya ditemui di negeri Kelantan dan Terengganu.

Di Kedah, gelaran Wan digunakan oleh ketua-ketua menteri pada zaman terdahulu, seperti Wan Abdul Saman dan seterusnya gelaran itu diwarisi oleh generasinya sehingga ke hari ini…Gelaran Wan juga digunakan untuk anak perempuan (cth: Wan Azizah Ismail), tetapi tidak begitu ramai.

Wan juga boleh ditemui di Negeri Sarawak dan dikaitkan dengan keturunan Syed di mana anak perempuan yang berketurunan Syed, akan memegang gelaran ‘Sharifah, isunya ialah sekiranya pemegang gelaran Sharifah berkahwin dengan lelaki yang bukan dari keturunan Syed,maka anak-anak yang dilahirkan perlu diberi gelaran ‘Wan. Aku termasuk dalam kategori ini kerana Ibu ku memegang gelaran Sharifah, dan berkahwin dengan Ayah ku yang bukan daripada keturunan Syed.

Pemegang gelaran ‘Wan boleh menuntut gelaran ‘Tuanku dan hanya boleh berlaku setelah mendapat pengesahan daripada yang paling tua dan dikira sebagai cukup matang untuk memegang gelaran itu. perubahan gelaran itu hanya dibenarkan untuk mereka yang mewarisi gelaran ‘Wan daripada asal usul keluarganya terdahulu sehingga kini.

Cerita 1

Pada suatu hari… di Negeri Kelantan asal nya Sultan dia nama Raja Kumar. Tak tau dari mana asal nya Raja Kumar ni. Entah.. India kot? Dari keturunan Raja Kumar lah ada nya Cik Siti Wan Kembang. So, masa Cik Siti Wan Kembang ini jadi Raja (bukan seluruh Kelantan tapi cuma di wilayah di Timur Kelantan kot?), tempat dia tu jadi terkenal lah. Ramai pedagang pedagang yang datang.

Di dalam negeri Kelantan juga tapi wilayah yang lain nama nya Jembal… ada juga satu Raja di sini. Ni lah cerita Raja Saadong tadi. Yang ni tadi cerita ambil angkat angkat buluh betung dengan dari mulut ikan. Dan anak-anak dia mula dengan nama gelaran NIK.

Kembali pada cerita Cik Siti Wan Kembang tadi… dia pun tak ada anak. Jadi, dia ambil lah Puteri Saadong (konon nya memang terlalu cantik sehingga Maharaja Siam datang menculik) jadi anak angkat and dia akan dapat jadi Raja untuk seluruh wilayah Cik Siti Wan Kembang dan wilayah Jembal.

Dipendek cerita, selepas dia kena culik oleh Maharaja Siam and kemudian dipulangkan ke Kelantan, dia gaduh lah dengan laki dia nama Raja apa entah. Masa gaduh gaduh tu laki dia ni mati terkena cucuk sanggul Puteri Saadong. Lepas tu Puteri Saadong larikan diri and habislah cerita Puteri Saadong di sini.

Kemudian, selepas tu baru mula Long Bahar (putera pada Raja Patani nama Wan Daim) jadi Raja kat Jembal.Di sini lah mula nya keturunan WAN kat Kelantan. Sebenarnya Long Bahar tu keturunan WAN, tapi selalunya jika anak sulung secara automatik akan jadi LONG walaupun anak anak lain adalah WAN. Kira LONG tu nama panggilan lah. Kemudian, anak Long Bahar dengan Wan Anom… nama dia Long Sulaiman ganti jadi Raja lepas Long Bahar tu meninggal. Di sini Long Sulaiman tu guna nama gelaran LONG juga sebab dia anak WAN yang sulung. Anak Long Sulaiman nama dia Long Yunus yang lepas tu satu kan semua wilayah wilayah di Kelantan and ishtihar diri dia sebagai Sultan Kelantan yang pertama.

Asal-Usul Dan Sejarah Keturunan 'WAN'

Cerita 2

Cerita pasal WAN di Kedah ni lain dari WAN kat Kelantan. Jika WAN Kelantan, mereka ni dari keturunan Raja Patani.

Tapi kat Kedah, gelaran WAN ni sebenarnya dari perkataan PAHLAWAN. Sultan Kedah mula bagi gelaran WAN ni di Panglima Panglima Istana yang banyak berbakti untuk Kedah.

Masa zaman Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah, Siam serang Kedah. Masa ni cerita nya mula bagi gelaran WAN kat Panglima Panglima Kedah i.e. Datuk Bendahara diberi nama Wan Mohd. Sidek and Datuk Temenggung nama dia Wan Musa.

Lepas tu siapa jadi Bendahara, Temenggung, Laksama, etc akan terus bagi gelaran WAN and tu terus lah sampai cucu cicit dia.

Jadi, begitu lah cerita nya macam mana nama gelaran WAN ada di Kelantan. WAN dari keturunan Long Yunus.

1 ulasan:

  1. ingin wujudkan impian anda , raih kesempatan dan menangkan ratusan juta rupiah hanya di ionqq,silakan invite
    pin bb#58ab14f5

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.