Header Ads

Akui Terasa Hati Dengan DSV, Elyana Buat Pendedahan Mengejutkan Tentang Pamoga

Perjalanan Elyana dalam Gegar Vaganza 2017 (GV4)  terhenti 26 November lepas apabila tersingkir dari pertandingan itu. Namun sewaktu membuat ucapan apabila memenangi Anugerah Gelora Vida Vaganza, Elyana mengejutkan ramai pihak bila Elyana mengumumkan bahawa dia sedang menghidap sakit kanser limfoma tahap empat.

Elyana turut meminta individu lain yang mempunyai penyakit sama agar terus kuat menempuh ujian itu.

Akui Terasa Hati Dengan DSV, Elyana Buat Pendedahan Mengejutkan Tentang Pamoga

Selepas Elyana membuat pengumuman, Elyana telah ditemubual oleh Datuk Seri Vida (DSV) dan dia mengatakan tenaganya bertambah setelah minum Pamoga. DSV dalam video temubual itu juga mengatakan Pamoga boleh membantu menyembuhkan kanser di mana kanser tahap empat boleh turun menjadi tahap dua.

Namun begitu, semalam melalui Instagram Live, Elyana membuat pengakuan bahawa dia tidak pernah minum Pamoga kerana ia mengandungi kandungan gula tinggi serta gamat yang tidak sesuai untuk pesakit kanser.

Pendedahan Mengejutkan Elyana Mengenai Pamoga Selepas Terasa Hati Dengan DSV

Menurut Elyana, dia mengatakan dia minum Pamoga kerana berbudi bahasa dengan DSV, namun kini dia enggan berbuat demikian.

Tak elok untuk pesakit kanser sebab dia ada gamat dan gula. Manis sangat. Orang cakap, saya tak tahu sebab tak pernah cuba.

Hari itu akak cakap minum, biasalah depan kamera kita kadang-kadang orang berbudi kita berbahasa.

Tapi memandangkan orang tidak berbudi dan cuma berbahasa kat saya atas itu, jadi saya nak berterus terang di sini saya tidak minum. Masih ada lagi bukti.

Rakaman InstaLive itu boleh ditonton di bawah:


Menurut sumber penulis, Elyana terasa kerana DSV tidak bersetuju dengan keputusan dari sistem undian like peserta GV4 paling banyak yang berpihak kepada Elyana, sedangkan sistem itu dibuat oleh DSV sendiri, sehinggakan ada yang mengatakan Elyana menggunakan program auto-like untuk dapat like paling banyak.

Sumber itu mendakwa, logiknya, Elyana tidak perlu berbuat demikian kerana dalam kalangan semua peserta GV4 , Elyana yang paling ramai peminat.

Sebelum ini, kenyataan DSV bahawa Pamoga mampu menurunkan tahap kanser dari tahap empat ke tahap dua mendapat perhatian pengamal perubatan dan pesakit kanser yang merasakan kenyataan DSV bahawa Pamoga boleh membantu menyembuhkan sakit kanser mengelirukan orang ramai. 

Sumber: beautifulnara.com

2 ulasan:

  1. ayo bergabung diajoqq , silakan coba keberuntungan anda disini dan menangkan ratusan juta rupiah,hadiah menantikan
    anda silakan bergabung invite pin bb#58cd292c

    BalasPadam
  2. ingin wujudkan impian anda , raih kesempatan dan menangkan ratusan juta rupiah hanya di ionqq,silakan invite
    pin bb#58ab14f5

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.