Header Ads

Gara-Gara Lagu ‘Tak Tun Tuang’, Upiak Isil Diceraikan Suami

Sebut sahaja Tak Tun Tuang, pasti lagu tersebut terus terngiang-ngiang di kepala anda. Lagu nyanyian Upiak Isil itu kini telah tular dan menjadi siulan orang ramai tidak kira kanak-kanak mahupun dewasa. Ini kerana lagu tersebut dikatakan kelakar kerana berkisarkan tentang “mandi”.

Rupa-rupanya lagu tersebut telah dihasilkan pada 2014 dan baru kini menjadi terkenal apabila salah seorang peminatnya memuat naik lagu tersebut di media sosial baru-baru ini. Namun, disebalik perwatakan Upiak yang lucu dan ceria itu, dia pernah mengharungi detik hitam apabila bercerai dengan suaminya.

Gara-Gara Lagu ‘Tak Tun Tuang’, Upiak Isil Diceraikan Suami

Kerana Lagu Tak Tun Tuang

Upiak Isil Dedah Kisah Disebalik Lagu ‘Tak Tun Tuang’ Yang Meruntun Hati

Upiak telah mendirikan rumah tangga pada 2013 dan bercerai dua tahun selepas itu disebabkan lagu Tak Tun Tuang itu. Dia berkata, sejak awal perkahwinan lagi keluarga bekas suami tidak menyukainya dan keadaan menjadi bertambah tegang selepas dia menghasil lagu tersebut.

Selepas saya menghasilkan lagu ‘Tak Tun Tuang’, keadaan menjadi semakin tegang. Keluarga bekas suami menuduh saya gila dan kurang siuman kerana muncul dengan lagu dan konsep ‘gila-gila’ seperti itu.

Akhirnya, bekas suami menceraikan saya dan tidak lama selepas itu, saya mendengar berita dia berkahwin dengah orang lain

Ada hikmah disebalik lagu

Upiak Isil Dedah Kisah Disebalik Lagu ‘Tak Tun Tuang’ Yang Meruntun Hati

Upiak ternyata bersyukur kerana lagu Tak Tun Tuang itu mempunyai hikmahnya yang tersendiri walaupun sudah tiga tahun lagu tersebut dihasilkan.

Saya menangis selama tiga hari mengenangkan nasib ditinggalkan suami. Ketika itu, saya berdoa kepada Allah agar tunjukkan keajaiban kepada saya.

Siapa sangka, lagu Tak Tun Tuang yang orang anggap sebagai lagu kurang siuman menjadi viral. Biarpun hampir tiga tahun berlalu, secara tidak sengaja, lagu ini meraih populariti di Malaysia, Thailand dan beberapa negara lagi.

Saya anggap ini sebagai rezeki dan saya mahu berusaha dengan lebih kuat untuk mengukuhkan nama saya.

Upiak Isil Dedah Kisah Disebalik Lagu ‘Tak Tun Tuang’ Yang Meruntun Hati

Diharapkan Upiak tidak lagi bersedih dan terus berusaha dengan lebih keras mengejar impiannya untuk menjadi seorang penyanyi yang terkenal.


Sumber: Astro Awani

3 ulasan:

  1. Rayakan hari raya natal bersama kami POKERVITA
    Dapatkan bonus freechip 50ribu dengan minimal deposit hanya 100 ribu
    dalam 1 hari kalian bisa klaim 1 kali saja dan berlaku setiap harinya!!
    promo ini berlaku mulai tanggal 1 Desember 2017 - 1 Januari 2017
    menarik bukan :) yuk segera bermain di POKERVITA dan dapatkan bonusnya!!

    Contact kami:
    LIVECHAT P`0`K`E`R`V`1`T`A .com
    BBM : D88B0154

    BalasPadam
  2. ayo bergabung diajoqq , silakan coba keberuntungan anda disini dan menangkan ratusan juta rupiah,hadiah menantikan
    anda silakan bergabung invite pin bb#58cd292c

    BalasPadam
  3. ingin wujudkan impian anda , raih kesempatan dan menangkan ratusan juta rupiah hanya di ionqq,silakan invite
    pin bb#58ab14f5

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.