Header Ads

Kisah Silam Farid Kamil Yang Anda Tidak Tahu

Sebut sahaja nama Farid Kamil pasti semua mengenalinya. Jejaka malaya lah katakan, mempunyai rupa paras yang kacak dan pastinya digilai ramai.

Kalau sebelum ini, korang hanya mengenali Farid Kamil menerusi filem je kan? So kali ini penulis ingin berkongsi serba sedikit mengenai Farid Kamil ni.

Kisah Silam Farid Kamil Yang Anda Tidak Tahu

Untuk pengetahuan korang, sebelum Farid Kamil menjadi seorang pelakon, dia adalah pelajar yang mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Seni Layar (Screen Art) pada 8 tahun yang lalu. WOW! Bukan calang-calang orang tau Farid Kamil ni!

Sebelum ini Farid juga pernah bekerja dalam bidang perfileman dan menguruskan pengurusan di belakang tabir. Bukan senang nak jadi senang. Semua orang akan bermula dari titik bawah. Dengan usaha gigih Farid sekarang, setiap kejayaan Farid adalah hasil dari titik peluhnya sendiri, RESPECT!

Inilah Kisah Silam Farid Kamil Yang Mungkin Anda Tidak Pernah Tahu

Hasil dari perkahwinannya dengan insan tercinta Diana Danielle, beliau telah dikurniakan dua orang cahaya mata Muhammad dan Nur Aurora.

Terserlah kegembiraan mereka “spent time together”. Kehidupan mereka bagaikan sudah lengkap apabila munculnya Muhammad dan Nur Aurora yang menambahkan lagi ikatan kekeluargaan antara mereka sekeluarga. 

Inilah Kisah Silam Farid Kamil Yang Mungkin Anda Tidak Pernah Tahu

Ini pula kisah yang dikongsikan oleh seorang peminat mengenai Farid Kamil yang mungkin anda tidak pernah dengar sebelum ini yang diceritakan oleh Facebook Ahmad Safuan.

Kisah benar.

Cerita dulu time tu aku baru lepas SPM, memang jenis bila habis exam or belajar aku tak duduk diam. Cari kerja.

Kerja macam-macam jenis kerja yang aku buat, aku penah kerja A&w time tu dengan kawan baik aku Mohd Firdaus Zakaria hahaha teringat lagi buat side job untuk pakai costume beruang a&w pi rumah budak2 area subang jaya yang celebrates birthday party. Budak2 suka lah bila tgk aku pakai costume menatang beruang ni. Disepak2, di tarik2 ekor memang kena buli, tapi sebab ko pakai menatang tu sejam bayar RM 5 kot. Habis ja memang mandi peluh lah.

Aku pernah kerja 7E area Shah Alam, aku kenal mamat ni, waktu tu dia baru mula-mula berlakon. Aku ingat lagi dia masuk kedai dan tanya aku.

“Bang maaf nak tanya ada tak jual pencuci muka”. Aku tengok dia atas bawah “macam kenal mamat ni.

Aku kata “ ada bang, nak brand apa. Aku pun suggest kat dia brand nivea man ni sebab time tu dia memang banyak jerawat. Aku pun cakap sebab aku time tu tak ada jerawat tapi memang aku pakai pencuci muka brand ni. Dia pulak tengok muka aku. “Okey saya percaya bang!.

Sejak dari tulah kami macam rapat lah, dia selalu mai kedai n kadang sembang dan dia peramah.

Aku tau manusia ni kadang akan berada dalam keadaan salah dan luar kawalan bila dalam keadaan mental health atau tekanan. Boleh jadi apa yang di buat salah. Tapi kita tak tau kenapa dia jadi macam tu? Aku bukan fans or penyokong dia.

Tapi aku tengok masyarakat kita sekarang parah gila, bukan SEMUA. Natizen kecam gila2. Bahasa kesat. Seolah-olah kita yang cipta syurga neraka, hukum orang itu ini, kenapa perlu sebarkan kebencian? Bukankah Nabi kata sifat kebencian itu bukanlah daripada kalangan kaumku. Sedangkan Allah mengubah sifat murkannya kepada sifat Rahmat. Bahkan Rahmat Allah menutup segala kemurkaanNya.

Doa yang baik-baik sudah, bukankah mukmin yang baik adalah saling mendoakan saat saudara semukmin dia ditimpa ujian dan kesusahan.

Tolak ruang perbezaan, sebarkan kasih sayang.

Yang penting mana DOA Kita? Ingat Syurga belum tentu lagi milik kita tapi neraka always tunggu kita!

Yang penting dia pernah offer aku berlakon tapi aku tolak. Seriously aku tolak.

Semoga ada sentiasa jalan yang terbaik buatnya.

Inilah Kisah Silam Farid Kamil Yang Mungkin Anda Tidak Pernah Tahu

Semoga ujian yang menimpa keluarga ini dipermudahkan urusan oleh Allah SWT. Berat mata memandang berat lagi beban yang dipikul oleh ahli keluarga, semoga tabah dan kuat semangat!

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.