Header Ads

"Pakai Purdah, Terkinja-Kinja Pula Di AJL Tanpa Rasa Malu" - Netizen Kecam Beberapa Insiden Yang Tidak Sepatutnya Berlaku Di AJL32

Anugerah Juara Lagu (AJL) yang ke 32 sudah melabuhkan tirainya. AJL kali ini berbeza kerana ia menampilkan kelainan dari segi nyanyian, persembahan dan juga pengacaraan. 

Bagaimanapun di sebalik kemeriahan AJL pada malam tadi, terselit beberapa insiden yang telah mencetuskan rasa tidak puas hati dan kemarahan netizen. 

Di laman sosial, netizen mengutuk tindakan seorang perempuan berpurdah dilihat menari di AJL32. 

"Pakai Purdah, Terkinja-Kinja Pula Di AJL Tanpa Rasa Malu" - Netizen Kecam Beberapa Insiden Yang Tidak Sepatutnya Berlaku Di AJL32

Bagi netizen, tindaknnya itu secara tidak langsung menjatuhkan imej golongan perempuan berpurdah. 

Malah netizen turut mempersoalkan mengapa perempuan berkenaan berkelakuan tidak senonoh seperti itu. 

"Pakai Purdah, Menari Pula Di AJL Tanpa Rasa Malu" - Netizen Kecam Beberapa Kejadian Yang Tidak Sepatutnya Berlaku Di AJL32

Netizen Kecam Beberapa Insiden Yang Tidak Sepatutnya Berlaku Di AJL32

Netizen Kecam Beberapa Insiden Yang Tidak Sepatutnya Berlaku Di AJL32

Netizen Kecam Beberapa Kejadian Yang Tidak Sepatutnya Berlaku Di AJL32

Sementara itu, persembahan Khai Bahar pula dikritik hebat netizen kerana mereka menganggap persembahan Khai berunsurkan Freemason. Klip video pada 00:24 saat dikatakan, lambang pedang tersebut menyerupai salib. Ramai yang mengatakan persembahan yang disampaikannya tidak mempedulikan sensitiviti agama.


Kemunculan pelakon Iqram Dinzly di akhir program itu juga membuatkan netizen kurang senang dengan perbuatannya yang dianggap tidak bertamadun. 

"Kenapa AJL32 masukkan si Iqram yang viral sebab benda bodoh abadi yang dia buat? Anugerah seperti ini tidak sepatutnya masukkan unsur-unsur negatif tidak bertamadun itu.

Netizen Kecam Beberapa Insiden Yang Tidak Sepatutnya Berlaku Di AJL32

Walau bagaimanapun, ada juga netizen yang berpendapat AJL32 kali ini lebih kemas dan tidak semak dengan para sponsor produk timbang kilo. Apa pun, tahniah kepada para pemenang. Kepada netizen, sila kembali menjalani kehidupan seperti biasa.

Sumber: www.thereporter.my

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.