Header Ads

Taman Tergantung Babylon: Mitos Atau Fakta?

Bagaimanakah rupanya Taman tergantung Babylon?

Ianya pernah digambarkan melalui sebuah puisi :

”Seseorang boleh minum pati buah di taman ini,hanya dengan menghidu aroma pokoknya sahaja.Ketika angin berhembus,daun-daun palma berguguran dibawa angin mengambang ke kolam-kolam lili air dan ke kota Babylon di bawahnya.Seluruh wilayah kota terbesar pertama di masa kuno ini (penduduknya dianggarkan 200.000 orang) kelihatan sangat jelas dari puncak taman.Walaupun berada di dataran tinggi,namun seluruh tanaman disirami air setiap hari.Sistem pengairan taman ini sangat menakjubkan.

Taman Tergantung Babylon: Mitos Atau Fakta?

Tidak salah kiranya jika Philon, ahli falsafah Yunani yang gemar mengembara mencatatnya sebagai satu dari tujuh keajaiban kuno dunia. Taman ini sangat memikat hati.

SEJARAH PEMBINAAN TAMAN BABYLON

Merupakan ibukota kerajaan kuno Mesopotamia iaitu sebuah kota yang terletak berhampiran sungai Euphrates, yang sekarang dikenali sebagai Iraq Selatan.Berdasarkan sejarah,dinasti pertama Babylon didirikan oleh Hammurabi pada masa Neo-Babylonian setelah kehancuran kerajaan Assyrian.Babylon menjadi salah satu kota terpenting pada zaman Timur Tengah kuno ketika Hammurabi (1792-1750 BC), menjadikannya ibukota kerajaan Babylon.

Kebudayaan bangsa Babylon dibina dengan sangat baik dan catatan 'cuneiform' yang berjaya ditemui menunjukkan agama,sejarah dan ilmu pengetahuan pada masa itu sangat hebat.Ubat-ubatan,kimia,alchemy,botani, matematik, dan astronomi juga dipraktikkan. Agama dan tulisan kuno yang berbentuk cuneiform ini berasal dari kebudayaan Sumer yang lebih tua.Mereka juga mengembangkan bentuk abstrak dari tulisan berdasarkan symbol cuneiform (berbentuk baji).Tulisan ini ditulis di tanah liat yang basah dan dibakar dibawah terik matahari.

Taman Tergantung Babylon: Adakah Ianya Benar-Benar Wujud?

Bangsa Babylon juga mempunyai sistem angka yang lebih maju dari yang kita miliki sekarang dimana sistem posisi dengan dasarnya 60. Mereka juga membuat jadual/carta untuk membantu dalam proses perhitungan.Mereka membahagi hari sama seperti yang sekarang kita lakukan, 24 jam dengan 60 minit untuk setiap jam dan setiap 60 minit.

SEBAGAI LAMBANG KECINTAAN

Seperti juga Taj Mahal di India yang dibina oleh Shah Jahan untuk permaisurinya yg tercinta Mumtaz Mahal,taman bergantung Babylon juga merupakan sebuah persembahan cinta.Taman ini dibina oleh Raja Nebucadnezar II yang memerintah dari tahun 605-562 SM,khas untuk Amytis,permaisuri tercintanya yang berasal dari kerajaan Media; sebuah kerajaan yang berpusat di pergunungan Persia (Iran).

Disebutkan juga bahawa taman itu dibina oleh Nebuchadnezar untuk menghibur isterinya yang sangat suka berada di kawasan yang dikelilingi oleh pergunungan.Oleh itu, Nebucadnezar memerintahkan agar dibina sebuah taman rendang di dataran tinggi.

Taman Tergantung Babylon: Adakah Ianya Benar-Benar Wujud?

Taman itu dibina di timur sungai Eufrat (Euphrates),kira2 50km ke selatan Baghdad, Iraq.Menurut sejarawan Yunani Diodorus Siculus, lebar taman ini 400 kaki,panjangnya 400 kaki dan tingginya sekitar 80 kaki.Taman ini berdiri di atas ‘alas’ yang diperbuat dari batu bata yang ditutup aspal dan keramik (tanah liat dibakar) yg berfungsi untuk mencegah resapan air ke dalam tanah yang berkemungkinan besar akan mengganggu kestabilan taman.

Sejarawan lain Herodotus mengungkapkan, bahawa taman ini terletak di dalam dinding istana yang berlapis emas yang panjangnya mencapai 56 mil.Jalan taman ini sangat lebar hingga membolehkan kereta yang ditarik empat ekor kuda untuk berpatah balik.Disini juga berdiri kuil-kuil pemujaan yang dipenuhi patung dewa emas.

Taman ini dibina bertingkat2 lebih tinggi dari bangunan lain di kota Babylon; menimbulkan ilusi ‘tergantung di udara’.Kesan ini makin jelas bila taman dilihat dari balik rumah-rumah penduduk.Semua tanaman akan kelihatan tergantung di atas atap perumahan. Inilah sebabnya kenapa taman itu dinamakan taman tergantung.

Namun ketika ini Taman Tergantung Babylon telah musnah akibat gempa bumi yang berlaku pada abad pertama sebelum masehi.Kesan peninggalan sejarah ini juga telah dirosakkan akibat peperangan yang melanda Iraq.

Taman Tergantung Babylon: Adakah Ianya Benar-Benar Wujud?

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.