Header Ads

5 Kebaikan yang Ada Pada 'Orang Liar'

Nampak Liar, Tapi Sebenarnya Korang Tak Tahu 5 Kebaikan yang Ada Pada Dirinya | Kadang-kadang, tak semestinya apa yang kita tengok seseorang tu melambangkan sifatnya macam mana. Kita tak tahu perkara sebenar disebalik pandangan kita, macam orang selalu cakap “don’t judge a book, by it’s cover”. Tak semestinya kalau orang tu nampak liar tapi dia betul-betul jahat.

Tapi, korang perasan tak yang sebenarnya orang yang kita nampak baik tulah kadang-kadang sebenarnya lebih jahat berbanding dengan orang liar yang kita selalu lihat dengan mata kasar. Mungkin diaorang tu tak sebaik mana dari segi tingkah lakunya, tapi sifatnya lebih murni daripada orang lain. Mungkin?

Jadi, disini kitaorang nak kongsikan apa sifat kebaikan yang orang nampak liar ni peroleh berbanding dengan orang ‘baik’ yang kita tak nampak dari mata kasar.

5 Kebaikan yang Ada Pada 'Orang Liar'

1. Mengumpat Bukan Cara Diaorang

Memang tingkah laku diaorang agak kurang menyenangkan, tapi diaorang tak adalah bergossip sana sini, tak ada menghina dan mencaci orang.

2. Buat Hal Sendiri

Diaorang bukan jenis ‘suka jaga tepi kain orang’ berbanding dengan orang yang nampak innocent tapi suka ambil tahu pasal hal orang lain.

3. Bukan Jenis “Talam Dua Muka”

Bila kita lihat tingkah laku diaorang yang tak elok tu mungkin menunjukkan yang diaorang ni jenis orang yang berterus terang. Biasanya orang-orang yang dikatakan ‘baik’ ni lah selalunya bermuka-muka.

4. Tak Buat Fitnah

Cuba korang fikir semula, pernah tak orang gangster atau mana-mana samseng yang korang nampak datang pergi kat tempat korang cerita pasal orang lain.

Biasanya orang-orang tua yang benci tengok orang-orang liar ni lah rajin buat fitnah. Kitaorang sendiri pernah berdepan dengan orang begini, tapi tak semua lah.

5. Diaorang Tak Hipokrit

Kalau diaorang tak suka, diaorang terus tunjuk yang diaorang tak suka. Tak adalah sampai pura-pura baik tapi dia lah orang yang mempunyai 4 sifat diatas ni.

Namun, bukanlah semua yang bersifat sebegini, ada saja orang yang nampak liar yang jauh lebih teruk dari segi luaran dan dalaman. Begitu juga dengan yang baik, ada saja yang lebih baik dari segi luaran dan dalaman.

No comments:

Powered by Blogger.