Header Ads

Anak Maut Dilanggar Kereta Akibat Ibu Asyik Main Telefon

Ibu Sedang Asyik Main Telefon Punca Anak Maut Dilanggar Kereta | Ibu bapa sekarang harus lebih berhati-hati. Kalau main telefon tu biarla kena pada tempatnya dan lebihkan perhatian pada anak-anak.

Di Zhengzhou, China, gara-gara kecuaian seorang ibu yang leka bermain telefon, seorang kanak-kanak lelaki dua tahun maut dilanggar kereta di sebuah pusat membeli-belah, di sana semalam.

Anak Maut Dilanggar Kereta Akibat Ibu Asyik Main Telefon

Memetik laporan Shanghaiist.com, kanak-kanak tersebut maut dilanggar oleh sebuah kereta jenis SUV di tempat letak kereta pusat membeli-belah tersebut.

Anak Maut Dilanggar Kereta Akibat Ibu Asyik Main Telefon

Menurut seorang saksi, kanak-kanak tersebut bermain di tepi jalan seorang diri sementera ibunya pula dilihat leka bermain telefon bimbit tanpa mempedulikan anaknya itu.

Anak Maut Dilanggar Kereta Akibat Ibu Asyik Main Telefon

Kanak-kanak malang dikatakan secara tiba-tiba berlari ke arah kereta tersebut dan pemandu berkenaan tidak sempat mengelak.

Kanak-kanak tersebut disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital.

Sementara itu, pemandu kereta tersebut kini ditahan untuk soal siasat.

Anak Maut Dilanggar Kereta Akibat Ibu Asyik Main Telefon

No comments:

Powered by Blogger.