Header Ads

Berasmara di Taman Tasik Titiwangsa, Pasangan Kekasih Ditahan

Pasangan Kekasih Ditahan Berasmara Ketika Main Kasut Roda di Taman Tasik Titiwangsa | Ambil kesempatan berpelukan sambil bermain kasut roda. Itu antara gelagat tidak senonoh sepasang kekasih yang ditahan sepasukan anggota Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) disini, semalam.

Dalam operasi ‘Op Cegah Maksiat’ bermula jam 12 tengah malam dan berakhir jam 5 pagi itu, pasangan berusia 24 dan 25 tahun itu adalah antara 45 individu yang ditahan pegawai JAWI sekitar Tasik Titiwangsa di sini memetik Harian Metro.

Berasmara di Taman Tasik Titiwangsa, Pasangan Kekasih Ditahan

Ketua Penguat Kuasa JAWI Wan Jaapar Wan Ahmad berkata, pasangan terbabit sebelum itu dilihat berkelakuan mencurigakan sambil berpegangan tangan dan berpelukan mesra.

Menurutnya, pegawai JAWI kemudian menahan dan menyoal siasat pasangan itu di wakaf di tepi tasik itu ketika mereka sedang berehat selepas penat bermain kasut roda.

“Pasangan itu bagaimanapun menunjukkan rasa tidak berpuas hati dan memberi alasan tidak membuat apa-apa kesalahan.

“Bagaimanapun pasangan kekasih itu mengaku tidak mempunyai ikatan yang sah dan hanya berkawan baik saja. Mereka kemudian diberikan penjelasan berhubung kesalahan dilakukan sebelum ditahan pihak JAWI,” katanya.

Wan Jaafar berkata, pasangan itu disiasat mengikut Seksyen 29, Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1977 (Akta 599) Perbuatan Tidak Sopan Di Tempat Awam.

Jika disabitkan kesalahan mereka boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

No comments:

Powered by Blogger.