Header Ads

Kisah Kucing Dapat Kad ID Pelajar Sekolah

Selalu Sangat Datang Sekolah, Kucing Dapat Kad ID Pelajar | Lucu pun ada juga apabila kucing menjadi pelajar sekolah bersama manusia. Bubba si kucing comel yang sangat popular di Leland High School di San Jose, California telah diberi kad ID sebagai pelajar.

Bubba bukanlah kucing jalanan yang suka berlegar-legar mencari makanan. Dia adalah kucing yang tinggal bersebelahan dengan sekolah. Keluagra Marienthal yang memiliki kucing ini.

Kisah Kucing Dapat Kad ID Pelajar Sekolah

“Kami cuba biarkan kucing itu untuk tinggal di dalam rumah sahaja tapi dia taknak.” Jelas Amber Marienthal.

Semua orang di sekolah tersebut memberi kebebasan kepada Bubba untuk keluar masuk sesuka hatinya.

Selalu Sangat Datang Sekolah, Kucing Dapat Kad ID Pelajar

“Setakat ni kami tak pernah dapat apa-apa aduan.”tambah Marienthal

“Dia duduk atas riba saya dan tidur sementara saya menduduki peperiksaan akhir Bahasa Sepanyol” kongsi salah seorang pelajar di situ.

Selalu Sangat Datang Sekolah, Kucing Dapat Kad ID Pelajar

Bubba merupakan yang pertama sampai disekolah dan akan duduk di depan pintu sementara menunggu cikgu-cikgu dan para pelajar yang lain. Bubba juga kini mempunyai Facebook sendiri yang sudah ada 5000 orang peminat.

Selalu Sangat Datang Sekolah, Kucing Dapat Kad ID Pelajar

No comments:

Powered by Blogger.