Header Ads

Kisah Sebenar Pengawal Keselamatan Dibelasah Orang Awam

Cerita Sebenar Video Pengawal Keselamatan Dibelasah | Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) mengesahkan berlaku pergaduhan antara beberapa pelawat dan pengawal keselamatan di hospital itu seperti tersebar di laman sosial Facebook semalam.

Pergaduhan yang berlaku petang semalam itu dipercayai akibat salah faham mengenai kebenaran memasuki wad yang dijaga rapi memetik Harian Metro.

Kisah Sebenar Pengawal Keselamatan Dibelasah Orang Awam

Ia menyaksikan pengawal keselamatan itu dipukul dan ditumbuk.

Pegawai Perhubungan Awam HRPZ II Zaid Ahmad berkata, pelawat itu dipercayai tidak berpuas hati apabila pengawal keselamatan menghalang pelawat berkenaan membawa kanak-kanak ke dalam wad itu.

“Untuk makluman wad berkenaan amat sensitif kerana menempatkan pesakit yang mempunyai masalah berkaitan pernafasan.

“Ia adalah wad separa unit rawatan rapi (ICU) dan orang awam sepatutnya memahami tujuan pihak hospital mengadakan undang-undang kawalan itu, demi untuk kebaikan semua,” katanya di sini, hari ini.

Zaid juga memberitahu pihaknya mengamalkan polisi mesra pelawat terhadap mereka yang mahu menziarahi pesakit ketika waktu melawat.

Bagaimanapun, wad sensitif seperti wad separa ICU, ICU, Unit Rawatan Koronari (CCU) dan Wad Pergantungan Tinggi (HDW) perlukan kawalan ketat.

No comments:

Powered by Blogger.