Header Ads

Komisen RM20 juta bantu dapatkan Projek Jambatan Bengkok Datuk Shazry Ditolak

Rayuan Datuk Shazryl tuntut komisen RM20 juta kerana bantu dapatkan Projek Jambatan Bengkok tak kesampaian | Mahkamah Persekutuan di sini memutuskan Merong Mahawangsa Sdn Bhd tidak perlu membayar RM20 juta terhadap ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah sebagai bayaran komisen bagi khidmatnya dalam pemerolehan projek jambatan bengkok di Johor Bahru.

Panel lima hakim yang dipengerusikan oleh Tan Sri Richard Malanjum dalam keputusan sebulat suara membenarkan rayuan Merong Mahawangsa dan Pengarah Eksekutifnya, Datuk Yahya Abdul Jalil terhadap keputusan Mahkamah Rayuan memetik Harian Metro.

Komisen RM20 juta bantu dapatkan Projek Jambatan Bengkok Datuk Shazry Ditolak

Mahkamah juga memerintahkan Shazryl Eskay membayar kos sebanyak RM100,000 kepada Merong Mahawangsa dan Yahya.

Dalam penghakiman yang dibacakan oleh Hakim Tan Sri Jeffrey Tan Kok Wah, adalah bertentangan dengan polisi awam apabila seseorang diupah wang atau barang bernilai dan menggunakan kedudukannya bagi mendapatkan faedah daripada kerajaan.

“Shazryl Eskay memberi keterangan secara terperinci bagaimana dia mengunakan pengaruh dan hubungan baiknya dengan kerajaan untuk mendapatkan projek itu.

“Satu perjanjian iaitu menggunakan pengaruh menteri bagi mendapatkan keputusan kontrak yang menyebelahinya merosakkan satu pentadbiran yang baik.

“Terdapat kecenderungan untuk rasuah atau mempengaruhi pegawai kerajaan membuat keputusan yang menyebelahi,” katanya.

Projek Malaysia-Singapore International Gateway bagi menggantikan Tambak Johor-Singapura (dikenali jambatan bengkok) dibatalkan oleh kerajaan pada 12 April, 2006 walaupun kerja awal dilaksanakan.

Kerajaan membayar pampasan RM155 juta kepada Merong Mahawangsa bagi pembatalan projek itu.

Eskay memfailkan saman pada 2002 mendakwa Yahya pada 1998 meminta pertolongannya mendapatkan projek itu daripada kerajaan dan bagi mendapatkan pembiayaan asing bagi projek RM640 juta itu.

No comments:

Powered by Blogger.