Header Ads

Mohon bantuan pernafasan berharga RM32 ribu

Suami isteri rayu simpati orang ramai hulur sumbangan membeli mesin bantuan pernafasan berharga RM32 ribu | Sepasang suami isteri merayu simpati orang ramai untuk menghulurkan sumbangan bagi membeli mesin bantuan pernafasan berharga RM32,000 buat anak perempuan mereka berusia lima tahun yang menghidap masalah kerosakan pada paru-paru atau ‘Recurrent Aspiration Pneumonia’ sejak kecil.

Noor Almi Sufiza Ishak, 35, dari Bandar Amanjaya, di sini berkata, keadaan itu membuatkan Nur Amani Batrisya Muhadzir yang turut menghidap sindrom Rett iaitu gangguan pada perkembangan otak perlu bergantung kepada mesin ketika tidur bagi memudahkan pernafasannya memetik Harian Metro.

Mohon bantuan pernafasan berharga RM32 ribu
NOOR Almi Sufiza menunjukkan tiub digunakan untuk memberi susu kepada Amani

Menurutnya, selain itu Amani yang juga orang kurang upaya (OKU) mempunyai masalah ‘Refluks Gastroesogageal’ atau GERD iaitu pintu perut tidak tertutup.

“Ketika masih bayi, dia pasti termuntah semula setiap kali meminum susu menyebabkan berlaku jangkitan kuman pada paru-paru.

“Malah, Amani kerap dimasukkan ke hospital akibat masalah pernafasan menyebabkan satu pembedahan untuk memperbaiki sel paru-parunya dilakukan di Hospital Pulau Pinang (HPP) pada Ogos tahun lalu, namun doktor tidak dapat meneruskan pembedahan itu kerana didapati berisiko,” katanya.

No comments:

Powered by Blogger.