Header Ads

Pendakwah Terkenal Dikenakan Waran Tangkap Isu Khalwat

Siapa Pendakwah Terkenal Dikenakan Waran Tangkap Kerana Berkhalwat? | MAHKAMAH Tinggi Syariah Kuala Lumpur hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap seorang pendakwah bebas popular dan pasangan berikutan gagal hadir pada perbicaraan khalwat mereka.

Memetik laporan Sinar Harian, pendakwah terkenal itu dan pasangannya Umi Masjuri Hassan, 40 berhadapan tuduhan khalwat yang dilakukan pada dua tahun lepas memetik Mynewshub.

Pendakwah Terkenal Dikenakan Waran Tangkap Isu Khalwat

Perintah waran tangkap itu dikeluarkan oleh Hakim Syarie, Mohd Amran Mat Zain.

Selain itu, mahkamah turut mengenakan waran tangkap terhadap penjamin tertuduh iaitu Mohd Zainuddin Abdul Yamin, 44 kerana gagal hadir dalam prosiding itu yang juga merupakan sebutan kes pertama.

Manakala, adik kepada Umi Masjuri, Masbellinda, 21, yang turut menghadapi tuduhan sama hadir ke mahkamah dibenarkan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan 26 November untuk sebutan semula kes.

Pendakwah terkenal itu terkenal melalui rawatan kaedah Islam dan sering dijemput untuk memberi ceramah di sebuah stesen televisyen. Antaranya, beliau pernah terlibat dalam mengendalikan rancangan Tanyalah Ustaz di TV9.

No comments:

Powered by Blogger.